Musim liga Sepanyol akan disambung semula 11 Jun dengan derby Seville, dan musim 2020-2021 akan bermula pada 12 September, Majlis Sukan Sepanyol mengesahkan pada hari Jumaat.

La Liga berehat seketika kerana ditangguhkan dek kerana wabak koronavirus yang melanda.

Jawatankuasa pengendali liga telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) dan La Liga telah menyetujui format untuk menyambung baki 11 pusingan lagi untuk dua divisyen utama.

Liga dijangka akan berakhir pada 19 Julai. Tetapi ia tertakluk kepada situasi wabak yang melanda.

Pertandingan akan disambung semula pada hari Khamis, 11 Jun dengan aksi derbi di antara Betis bermain Sevilla. Aksi lain adalah pada 13 dan 14 Jun.

Pada Jumaat, Javier Tebas, presiden liga, memberitahu Marca: “Yang penting adalah mengetahui tarikh akhir musim 2019-20. Musim yang berikutnya akan bermula pada 12 September.”

Pemerintah Sepanyol minggu lalu memberi La Liga lampu hijau untuk disambung semula dari minggu bermula 8 Jun.

“Lebih daripada 130 orang pegawai kini bekerja sehingga semuanya dapat dilakukan dalam format baru: perjalanan, organisasi, semuanya,” kata Tebas.

messi la liga

Bundesliga Jerman sudah bermain tiga pusingan setelah dimulakan semula awal bulan ini, sementara Liga Perdana Inggeris dan Serie A Itali juga akan kembali pada pertengahan bulan Jun.

Tetapi musim untuk liga teratas di Perancis, Belgium dan Belanda semuanya telah berakhir.

Barcelona mendahului Real Madrid dengan dua mata di tangga teratas ketika La Liga dihentikan pada bulan Mac.

Kesemua perlawanan akan dilangsungkan di dalam stadium kosong. Berkenaan dengan sorakan digital yang akan ditambah, Tebas menegaskan para penonton di televisyen boleh memilih menerusi opsyen audio di tv masing masing.

Mereka boleh memilih untuk mendengarnya ataupun tidak. Ini kerana berlaku perbalahan pendapat tentang sorakan virtual di Bundesliga.

Tebas menegaskan: “Kami ingin menawarkan alternatif untuk peminat – anda boleh ‘diamkan’ sorakan ataupun hidupkannya. Ujian yang saya lihat menarik, tetapi akan ada kedua-dua pilihan,” kata Tebas.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Benfica Mahu David Luiz Kembali

LASK Dipotong 12 Mata Kerana Melanggar Penjarakan Sosial

Kelab Paling Bernilai: United Di Belakang Real Madrid, Liverpool Catat Peningkatan Mendadak