Ronald Koeman mengkritik para pemainnya yang hilang tumpuan dalam satu siri keciciran mata dalam aksi La Liga berdepan Valencia.

Barcelona ketinggalan awal selepas jaringan Mouctar Diakhaby.

Namun mereka membalas dengan 2 gol menerusi Ronald Araujo dan Lionel Messi.

Messi kini menyamaai rekod Pele dengan gol ke-643 untuk satu kelab.

Tetapi Barcelona leka sekali lagi dan melepaskan bolos selepas Maxi Gomez menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki 20 minit lagi. Gol yang membuatkan mereka sekadar seri 2-2.

Selepas tamat perlawanan, Koeman mempertahankan taktikalnya sebaliknya menyatakan tumpuan para pemainnya di atas padang membuatkan mereka keciciran mata.

Koeman berkata: “Ini perlawanan sukar. Kami bangkit daripada ketinggalanm namun kami harus lebih fokus,” kata Koeman kepada Marca.

“Kami ada peluang untuk menang, namun kami tidak fokus di beberapa situasi dan itu membuatkan kita rugi.”

“Valencia bertahan dengan sangat baik. Kami tidak mencipta banyak peluang seperti yang kami mahukan.”

Keputusan seri ini menaikkan Barcelona daripada tangga kelapan ke tangga keenam. Barcelona 4 mata di belakang slot UCL.

Baca juga perkembangan lain

Arteta Anggap Arsenal Kalah Sebab Tak Ada ‘Nasib’ Selepas Bermain Bagus & Mencipta Banyak Peluang

EPL: Liverpool ‘Juara’ Natal Sekali Lagi Selepas Belasah Palace 7-0

TERKINI: FA Dapati Cavani Bersalah Atas Status IG Berbaur Rasis