Real Madrid turun dalam aksi La Liga berdepan dengan Deportivo Alaves. Namun skuad bimbingan Zinedine Zidane menelan kekalahan ketiga mereka musim ini.

Real Madrid tewas di kandang sendiri dengan skor 1-2. Lebih malang apabila bintang mereka, Eden Hazard sekali lagi mengalami kecederaan.

Hazard kembali ke dalam kesebelasan utama. Hanya 28 minit di atas padang, Eden Hazard terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan di bahagian kakinya.

Penyerang antarabangsa Belguium itu digantikan dengan Rodrygo Goes.

Hazard sebenarnya baru sahaja pulih daripada kecederaan minggu lalu. Sebelum ini beliau beraksi namun tidak sepenuh masa.

Bekas pemain handalan Chelsea itu terus berdepan dengan isu kecederaan dan kecergasan sejak menyertai Real Madrid dengan nilai keseluruhan bernilai EUR130 juta.

Rekod kecederaan beliau ketika di Real Madrid setakat ini termasuk masalah pada hamstring, retakan kecil di bahagian bawah kaki, fibula, kecederaan di pergelangan kaki, serta kecederaan lutut.

Pemain berusia 29 tahun itu hanya beraksi 22 perlawanan setakat ini untuk Los Blancos.

Di atas padang, Real Madrid dimalukan oleh pasukan lawan mereka.

Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, menyatakan bahawa beliau sudah bersedia dipersalahkan di atas keputusan itu.

Real Madrid bocor pada awal minit setiap babak dalam aksi tersebut iaitu pada minit ke-5 dan pada minit ke-49.

Casemiro berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-86, namun Real tetap tidak mampu mengelak satu lagi kekalahan.

Selepas tamat perlawanan, Zidane menyatakan bahawa, cara mereka memulakan perlawanan sememangnya teruk.

“Apabila anda memulakan permainan seperti itu, semua orang menjadi rumit. Kami tidak fokus.”

“Kami harus bangkit di halaman sendiri. Pada hari Selasa kami ada satu lagi perlawanan.”

“Kami tak akan mencari siapa yang salah, malah kami akan terus berusaha [memperbaiki prestasi].”

“Kami juga akan berusaha mengubah corak permainan kami supaya lebih dinamik,” tegas pengendali dari Perancis itu.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Dua Penalti Dan 2 Gol Ditarik VAR, Liverpool Kempunan 3 Mata

Juventus Mahukan Van De Beek Kerana United Berterusan Meletakkannya Di Bangku Simpanan

Napoli Mahu Tukar Nama Stadium Sempena Nama Diego Maradona