Kuala Lumpur City FC kehilangan khidmat penyerang import mereka iaitu Kyrian Nwabueze bagi baki saingan Liga Malaysia musim ini kerana kecederaan.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Nwabueze mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada aksi Klang Valley Derby menentang Selangor di Stadium KLFA, Cheras minggu lalu sekaligus terpaksa berehat panjang.

Kyrian Nwabueze dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua musim ini bagi menggantikan Dominique Da Sylva yang turut bergelut dengan kecederaan selepas menyertai pasukan dari Terengganu pada awal musim ini.

Akan tetapi, nasib seakan tidak menyebelahi Nwabueze yang mengalami kecederaan serius pada aksi pertama beliau dalam saingan Liga Malaysia bersama Kuala Lumpur City.

Kecederaan yang dialami Nwabueze memberikan ruang kepada penyerang tempatan Kuala Lumpur seperti Safee Sali dan Aliff Safwan bagi mengisi kesebelasan utama skuad kendalian Bojan Hodak.

Melihat kepada pengalaman yang dimiliki oleh Safee, berkemungkinan besar bekas pemain skuad kebangsaan itu akan diberi tanggungjawab sebagai penggempur utama pasukan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Liga Super 2021: JDT Mudah Berpesta Jaringan, Perak Makin Tertekan

Pasukan Kedah Dikuarantin Sehingga 14 Ogos

Sedar Cabaran Getir Menanti, Yee Fatt Tuntut Aksi Melawan Anak Buah Hadapi JDT