Didier Deschamps menyatakan bahawa Kylian Mbappé tidak boleh dipersalahkan atas kekalahan mengejutkan Les Bleus di tangan Switzerland selepas penyerang tersebut menjadi satu satunya pelaksana penalti yang gagal menyempurnakan tugasan beliau.

Deschamps berkata: “Tidak ada yang boleh menyesal dengan Mbappe. Apabila anda memikul tanggungjawab sebesar itu, perkara tersebut boleh terja terjadi. Dia jelas sangat terkesan dengannya. ”

20210629_073151

Deschamps yang masih dalam kontrak panjang untuk memimpin Perancis ke Piala Dunia tahun depan di Qatar – menolak untuk mengulas tentang masa depannya.

Ini selepas beberapa media mendakwa masa depan Deschamps dalam bahaya dengan Zinedine Zidane dalam senarai calon utama.

“Itu bukan persoalannya. Terdapat perpaduan dan kebersatuan dalam skuad ini. Saya bertanggungjawab, apabila keadaan menjadi buruk, saya bersama mereka, mereka bersama saya.”

“Kita memerlukan masa untuk menguruskan perkara ini. Tidak ada formula ajaib, ada keseimbangan untuk kita temuinya di masa depan. ”

Ini adalah kemenangan peringkat kalah mati pertama Switzerland pada kejohanan sejak 1938 dan kali pertama mereka mara ke suku akhir sejak Piala Dunia 1954 – ketika itu mereka menjadi tuan rumah.

“Jujur saya masih terkejut,” kata Yann Sommer, yang menyelamatkan penalti Mbappé.

“Kami menunjukkan keberanian, jiwa, kami memberikan segalanya di atas padang sana. Apabila anda bangkit dari ketinggalan dua gol menentang juara dunia, itu sangat sukar dipercayai.”

“Dan kemudian untuk memenangi penalti, saya tidak tahu nak bangga macamana lagi dengan cara kami melakukannya.”

Baca juga artikel lain

Havertz: “Tak Perlu Berlatih Penalti Lawan England, Kami Mahu Menang Dalam 90 Minit”

Euro 2020: Kegagalan Mbappe Paksa Perancis Ucapkan Selamat Tinggal

ACL 2021: Tiga Sepakan Penalti Pohang Kecewakan JDT