Bintang Perancis, Kylian Mbappe menjadi mangsa terbaharu wabak COVID-19 apabila disahkan positif dalam keputusan ujian saringan yang dijalankan.

Keputusan itu juga menyaksikan Mbappe bakal terlepas aksi UEFA Nations League bertemu Croatia awal pagi ini dan perlu menjalani proses kuarantin menurut kenyataan rasmi daripada Federasi Bola Sepak Perancis (FFF) semalam.

“Berdasarkan keputusan ujian saringan COVID-19 yang dijalankan oleh UEFA pada hari isnin pagi yang didapati positif, beliau telah dikeluarkan daripada skuad Perancis dan akan terus pulang pada petang ini,” kata kenyataan daripada FFF.

Mbappe yang membantu Perancis muncul juara Piala Dunia 2018, sempat beraksi pada hari sabtu lalu ketika menentang Sweden.

Pemain yang berusia 21 tahun itu merupakan pemain keempat kelab Paris Saint Germain (PSG) yang dijangkiti wabak itu selain bintang Brazil, Neymar, Angel Di Maria dan Leandro Paredes yang turut positif pada minggu lepas.

Menurut laporan L’Equipe, ketiga-tiga permain itu sebelum ini menghabiskan cuti masing-masing di Ibiza Sepanyol akan menjalani kuarantin selama seminggu.

Bagaimanapun PSG dalam satu kenyataan mengesahkan tiga pemain kelab itu diuji positif Covid-19 telah menjalani protokol kesihatan yang sesuai, namun kelab berkenaan belum mengesahkan pemain yang akan mengasingkan diri.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah

Messi Setuju Terma Peribadi Sertai City Dengan Perjanjian €700 Juta

Analisis: Pembelian Van De Beek Untuk Mengeluarkan Potensi Sebenar Pogba

Arnout Vercruysse: “Saya Dah Beli 2 Buah Buku Resepi Masakan Malaysia”, Teruja Menerima Luqman Hakim Dirumahnya