Kylian Mbappe mencipta sejarah dalam Piala Dunia Russia 2018 apabila muncul sebagai pemain Perancis paling muda melakukan jaringan dalam kejohanan bola sepak utama.

Tetapi Mbappe tidak berminat untuk ‘dibayar’ terhadap usahanya di Russia.

Menurut laporan dari L’Equipe, Kylian Mbappe akan mendermakan semua bonus yang diterimanya kepada tabung kebajikan – Premiers de Cordees Association, dimana pusat ini menyediakan aktiviti sukan kepada kanak-kanak yang mempunyai kelainan upaya.

kylian mbappe

Selain itu, portal itu juga memberitahu bahawa Kylian Mbappe tidak berminat untuk dibayar ketika menjalankan tugas bersama skuad kebangsaan Perancis dan akan mendermakan semua wang bonus selepas setiap perlawanan.

Rakan sepasukan Kylian Mbappe dalam skuad kebangsaan Perancis, Samuel Umtiti memberitahu bahawa apabila beraksi untuk skuad kebangsaan di Piala Dunia, ia merupakan satu keseronokan kerana ia mimpi menjadi kenyataan.

samuel umtiti

“Ya benar wang menjadi taruhan, tetapi saya tidak kisah. Saya bukan bermain untuknya (wang)”.

Wang bukan segalanya untuk pemain berusia 19 tahun yang bernilai  £166million jika dibandingkan dengan sikap prihatin beliau.

Dilaporkan bahawa Kylian Mbappe dibayar sebanyak £17,000 (RM90,610) untuk setiap perlawanan tidak termasuk bonus.

kylian mbappe

Kylian Mbappe menjaringkan 1 gol untuk Perancis dalam perlawanan ke 2 peringkat kumpulan C ketika bertemu pasukan Peru pada minit ke 34.

Perancis layak ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan C apabila mengumpul 7 mata dari 2 kemenangan dan 1 seri. 2 penjaring Perancis dalam peringkat kumpulan adalah Antoine Griezmann ketika perlawanan pembukaan bertemu Australia dan Kylian Mbappe.

Malam ini Perancis akan turun bertemu Argentina dalam misi untuk mara ke peringkat suku akhir di Kazan Arena. Jika Perancis berjaya mengatasi Argentina, pemenang diantara Uruguay dan Portugal menanti mereka di pusingan suku akhir Piala Dunia Russia 2018.

Sumber