Kylian Mbappe, pemain remaja dari Perancis berusia 19 tahun 183 hari, telah menjaringkan gol pertama di pentas Piala Dunia ketika pertemuan dengan Peru di Eskaterinburg Stadium.

Dengan gol tersebut, Kylian Mbappe kini telah merekodkan 5 gol untuk pasukan kebangsaan Perancis selepas 17 kali membuat penampilan.

Pemain Paling Muda Menjaringkan Gol Untuk Perancis Di Piala Dunia

Jaringan penyerang PSG itu pada minit ke 34 itu telah menjadikan Kylian Mbappe sebagai pemain paling muda menjaringkan gol dalam pusingan akhir Piala Dunia untuk pasukan Perancis.

Kylian Mbappe World Cup 2018

Rekod sebelum ini dipegang oleh David Trezeguet yang menjaringkan gol untuk Perancis ketika bertemu Arab Saudi dalam Piala Dunia edisi 1998 pada usia 20 tahun 246 hari.

Pemain Pertama Menjaringkan Gol Di Piala Dunia Lahir Selepas Perancis Juara 1998

Kylian Mbappe juga direkodkan oleh Opta sebagai pemain pertama menjaringkan gol di Piala Dunia yang lahir selepas Perancis menjulang kejuaraan pada edisi 1998.

Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 pada tarikh 12 Julai 1998, manakala Kylian Mbappe pula dilahirkan pada 20 Disember 1998!