Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

KV Kortrijk menamatkan saingan Liga Belgium musim 2020/2021 dengan kekalahan apabila tunduk kepada KV Mechelen dengan keputusan 4-1.

Pengurus Kortrijk, Luke Elsner memberi peluang kepada penyerang muda negara, Luqman Hakim dimana beliau meletakkan pemaik ini di bangku simpanan pada perlawanan yang berlangsung semalam.

Akan tetapi, Elsner memutuskan untuk tidak memasukkan Luqman meskipun kelab itu ketinggalan pada separuh masa pertama dan kedua.

Kekalahan di tangan Mechelen menyaksikan KV Kortrijk menamatkan saingan musim 2020/2021 di tangga ke-14 dengan kutipan 39 mata, 8 mata di hadapan zon penyingkiran.

Selain terselamat daripada terjatuh ke divisyen kedua, Kortrijk turut terlepas peluang untuk beraksi dalam play-off bagi merebut tempat dalam saingan bola sepak Eropah musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim di sini:

Luqman Hakim: “Saya Minat Merantau, Suka Pergi Tempat Orang. Ambil Masa 5 Bulan Untuk Menyesuaikan Diri.”

Luqman Hakim:”Perubahan Ini Untuk Kebaikan Diri, Kalau Kurus Nanti Kena Langgarlah Saya Dekat Sana.”

Tan Cheng Hoe Gembira Dengan Perkembangan Luqman Hakim

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group