KV Kortrijk meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Jupiler Pro League apabila meraih satu lagi kemenangan dimana kali ini kelab itu menewaskan pasukan yang berada di tangga tercorot, Royal Excel Mouscron dengan keputusan 3-0.

Perlawanan antara Kortrijk menentang Royal Excel nyata dinanti-nanti oleh peminat bola sepak tanah air dimana mereka menjangkakan penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin akan membuat penampilan pertama dalam saingan Jupiler Pro League.

Namun hasrat tersebut tidak kesampaian apabila Luqman tidak tersenarai dalam matchday squad Kortrijk pada semalam sekaligus peminat terpaksa menunggu untuk menyaksikan Luqman beraksi buat kali pertama.

Pada perlawanan semalam KV Kortrijk nyata lebih unggul berbanding Royal Excel dimana mereka mencetak tiga gol pada separuh masa kedua menerusi Ilombe Mboyo minit ke-59, Giles Dewaele (ke-63) dan Eric Ocansey (ke-83).

Selepas meraih kemenangan, KV Kortrijk kini berada di tangga ketiga liga dengan mengutip 10 mata selepas menjalani lima perlawanan.

Seterusnya, Kortrijk akan berdepan dengan pasukan yang menghuni tangga kedua, Standard Liege pada 20 September ini.

Baca artikel lain mengenai KV Kortrijk di sini:

KV Kortrijk Menjadi Kelab Dengan Peningkatan Pengikut Sosial Media Tertinggi Di Belgium

Ini Komen Luqman Hakim Selepas Jaringkan Gol Pertama Dalam Debut Bersama Skuad Senior KV Kortrijk

KV Kortrijk Kekalkan Rentak Cemerlang, Raih Kemenangan Kedua Saingan Jupiler Pro League

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group