KV Kortrijk mengambil keputusan untuk memecat pengendali pasukan, Yves Vanderhaeghe selepas mereka tewas kepada Charleroi pada perlawanan Jupiler Pro League Sabtu lalu.

Pemecatan ini diumumkan oleh Kortrijk di laman media sosial rasmi pasukan dimana Luka Elsner dilantik sebagai pengganti dan jurulatih dari Slovenia itu menandatangani kontrak selama tiga tahun.

“KV Kortrijk hari ini memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan pengendali pasukan, Yves Vanderhaeghe secara serta-merta.

“Kami berterima kasih di atas komitmen beliau ke atas kelab ini dan kami mahu mengucapkan selamat maju jaya untuk beliau pada masa akan datang.

Kekalahan kepada Charleroi merupakan kekalahan kali kesebelasan Kortrijk dalam saingan liga yang mana menyaksikan mereka terjatuh ke tangga ke-14 sekaligus menghampiri zon penyingkiran.

Ketika bergelar pengendali KV Kortrijk, Yves memberikan peluang kepada penyerang muda negara, Luqman Hakim untuk membuat penampilan pertama dalam saingan Jupiler Pro League.

Luqman dimasukkan pada separuh masa kedua ketika Kortrijk turun menentang RSC Anderlecht Ogos tahun lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan KV Kortrijk di sini:

Luqman Hakim Tersenarai Dalam Kesebelasan Utama KV Kortrijk

Luqman Hakim Semakin Sado Sejak Bersama KV Kortrijk, Siapkan Badan Untuk Cabar Bola Sepak Eropah!

Safawi Rasid Gembira Luqman Hakim Jalani “Debut” Bersama Skuad Utama KV Kortrijk