KV Kortrijk membuka tirai saingan Jupiler Pro League Belgium musim 2021/2022 dengan kemenangan setelah menewaskan RFC Seraing dengan keputusan 2-0.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Guldensporen, pengendali Kortrijk, Luke Elsner menurunkan barisan terbaik dan mereka mendahului pada minit ke-31 menerusi jaringan Teddy Chevalier.

Memasuki separuh masa kedua, Kortrijk menguasai permainan dan mereka berjaya menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Faïz Selemani pada minit ke-88.

Kemenangan ke atas Seraing meletakkan KV Kortrijk di kedudukan kedua dalam carta liga dibelakang Charleroi yang meraih kemenangan 3-0 ke atas KV Oostende.

Penyerang muda negara, Luqman Hakim bagaimanapun tiada dalam senarai barisan pemain yang dibawa dalam skuad untuk berdepan Seraing.

Pada perlawanan yang seterusnya, Kortrijk akan turun menentang Royal Antwerp di tempat lawan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Liga Super 2021: Terengganu Berpesta, Belasah Perak Di Gong Badak

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Pentas Tan Cheng Hoe Uji Muka Baharu

‘Derbi Utara’ Ditunda, KDA Mohon Maaf Kepada Penang