Kelab Belgium, KV Kortrijk bakal melancarkan sebuah dokumentari mengenai perjalanan penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim bersama pasukan itu.

Perkara ini diumumkan oleh KV menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan pada semalam, dimana dokumentari tersebut bakal menceritakan mengenai hari pertama Luqman setibanya beliau di Kortrijk.

Selain menampilkan perjalanan Luqman bersama KV, dokumentari tersebut dilihat juga bakal menunjukkan bagaimana pemain berusia 19 tahun itu menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di Kortrijk.

Baru-baru ini, Luqman membuat penampilan pertama bersama skuad senior Kortrijk pada perlawanan Jupiler Pro League menentang RSC Anderlecht pada minggu lalu.

Luqman dimasukkan pada separuh masa kedua dimana beliau memainkan peranan besar dalam sepakan penalti yang diperoleh oleh Kortrijk ketika ketinggalan 3-0.

KV Kortrijk
Sumber Gambar: KV Kortrijk

Melihat kepada persembahan yang ditampilkan oleh Luqman pada aksi menentang Anderlecht, tidak mustahil beliau terus diberi kepercayaan untuk berada dalam skuad senior pada perlawanan akan datang.

KV Kortrijk akan turun menentang Zulte Waregem pada perlawanan Jupiler Pro League yang seterusnya.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:

Luqman Hakim Giat Perbaiki Komunikasi Bersama Rakan Sepasukan

Debut Luqman Hakim Dalam Jupiler Pro League, 16 Minit Aksi Berharga Penyerang Muda Negara

Luqman Hakim Gembira Jaringkan Gol Pada Perlawanan Kompetitif Pertama Bersama KV Kortrijk