KV Kortrijk mengalami kekalahan pertama dalam siri perlawanan pra musim apabila tunduk kepada kelab Perancis, Valenciennes dengan keputusan 1-0.

Sebelum turun pada aksi menentang Valenciennes, Kortrijk mencatat prestasi cemerlang dimana mereka meraih empat kemenangam dan menjaringkan 13 gol serta tidak dibolosi sebarang gol.

Pada perlawanan semalam, Luke Elsner menurunkan barisan terbaik beliau sambil penyerang muda negara, Luqman Hakim memulakan perlawanan dengan berada di bangku simpanan.

Kortrijk dibolosi pada minit ke-27 setelah pemain tengah, Mathias Fixelles terlepas bola dan gerakan serangan balas Valenciennes gagal disekat sekaligus memberikan jaringan kepada kelab yang beraksi di divisyen kedua bola sepak Perancis itu.

Luqman dimasukkan pada minit ke-72 bagi memantapkan jentera serangan sekaligus mencari gol penyamaan namun kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Selepas ini, Kortrijk akan menentang Heerenveen dalam aksi persahabatan terakhir sebelum memulakan kempen saingan Jupiler Pro League musim 2021/2022.

Pada perlawanan pertama Jupiler Pro League, Kortrijk akan bertemu pendatang baharu iaitu RFC Seraing.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim dan KV Kortrijk di sini:

Luqman Hakim Bantu KV Kortrijk Belasah KRC Harelbeke Dalam Aksi Pemanas Badan

Luqman Hakim Punyai ‘Chant’ Khas Dari Peminat KV Kortrijk

Faktor Utama Mengapa Jersi Nombor 9 KV Kortrijk Bertukar Tangan