KV Kortrijk mengalami kekalahan kedua berturut-turut apabila tunduk kepada Royal Antwerp dengan keputusan 3-1 pada perlawanan yang berlangsung semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Guldensporen, Kortrijk dalam misi untuk bangkit setelah tewas kepada Standard Liege dengan keputusan 2-1 minggu lalu.

Kortrijk terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ilombe Mboyo ketika perlawanan baru berusia 3 minit.

Kortrijk berjaya mengekalkan kedudukan sehingga separuh masa pertama tamat namun mereka gagal berbuat demikian pada separuh masa kedua.

Trent Sainsbury menjaringkan gol sendiri pada minit ke-63 sebelum Lior Refaelov dan Dieumerci Mbokani masing-masing menjaringkan gol pada sepuluh minit terakhir permainan bagi memberikan tiga mata kepada Royal Antwerp.

Pada perlawanan Jupiler Pro League seterusnya, KV Kortrijk akan berdepan Sint-Truidense di laman lawan.

Baca artikel lain mengenai KV Kortrijk di sini:

Penjualan Terem Moffi Ke FC Lorient Menjadi Urus Niaga Terbesar KV Kortrijk

KV Kortrijk Teruskan Rentak Kemenangan, Luqman Hakim Tidak Tersenarai Dalam Skuad Perlawanan

KV Kortrijk Menjadi Kelab Dengan Peningkatan Pengikut Sosial Media Tertinggi Di Belgium