Skuad Harimau Malaya dibawah kendalian Tan Cheng Hoe bakal diuji dalam satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan di ranking 147 dunia iaitu Kuwait pada bulan Jun 2020.

Kuwait ialah negara ketiga dari Asia Barat yang berminat untuk menentang Malaysia selepas Bahrain dan Palestin turut menyatakan persetujuan mereka untuk mengadakan perlawanan pemanas badan sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Menurut kenyataan daripada Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, Malaysia dijangka akan menentang Kuwait di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 Jun 2020 sebelum berlepas ke Bangkok untuk aksi terakhir kumpulan G menentang Thailand pada 9 Jun 2020.

“Kami baru terima berita daripada Kuwait bahawa kami mungkin akan mengadakan perlawanan persahabatan, Jun depan, sebelum beraksi di Thailand.

“Kami mungkin mengharungi perlawanan persahabatan di tempat sendiri sebelum berlepas ke Bangkok,” katanya dalam Stadium Astro.

77027916_2509029849193764_2237995827450609664_o
FOTO: FAM

Negara dari Asia Barat menjadi pilihan FAM untuk atur perlawanan persahabatan bagi memastikan skuad Harimau Malaya lebih bersedia dari segi fizikal dan mental kerana baki 3 perlawanan kumpulan G bakal menghadirkan tentangan sengit.

Malaysia kini berada di tangga kedua dalam kumpulan G kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dengan 9 mata selepas mencatat 3 kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand.

Justeru itu, FAM enggan melepaskan peluang untuk menempah tiket automatik ke Piala Asia 2023.

“Kami bukan sahaja menumpukan perhatian kepada (usaha memperbaiki) ranking tetapi perlawanan yang mencabar.

“Ia diharap memberi pengalaman dan persediaan kepada pasukan untuk menghadapi perlawanan seterusnya,” jelas Stuart.

Lihat artikel lain berkaitan perkembangan skuad Harimau Malaya yang mungkin anda terlepas pandang.

Juara Gulf Of Nations Cup, Bahrain Setuju Menentang Harimau Malaya Dalam Perlawanan Persahabatan

Harimau Malaya Perlukan Dua Perlawanan Persahabatan Menentang Negara Asia Barat

Yusoff Mahadi Mahu Skuad Harimau Malaya Takluk Asia Tenggara Pada Tahun 2020

Sumber