Toyota Thai Premier League baru sahaja menamatkan saingan musim 2018 selepas semua pasukan menamatkan semua 34 perlawanan semalam.

Hari ini, pihak Thai Premier League telah mengeluarkan beberapa angka rasmi seperti jumlah kehadiran penonton ke stadium serta jumlah jualan tiket sepanjang musim 2018 kepada umum.

Selain dari itu, Vocket FC juga telah menyediakan beberapa lagi fakta-fakta menarik untuk rujukan peminat bola sepak Malaysia.

Jana Jualan Tiket Perlawanan Hampir RM13 Juta

Berdasarkan dari kemaskini rasmi oleh Thai Premier League, musim 2018 mereka telah berjaya merekodkan kutipan hasil jualan tiket perlawanan sebanyak THB99,215,039 atau RM12.49 juta.

Jumlah itu adalah hasil dari jualan 1,366,835 keping tiket perlawanan sepanjang musim bagi saingan Toyota Thai Premier League 2018 sahaja.

43387969_895871217468100_595476342049341440_n

5 Pasukan Diturunkan Ke M150 Championship League / Thai League 2

Musim 2018 sebanyak 18 pasukan beraksi dalam saingan tertinggi liga bola sepak profesional Thailand.

Selepas tamat 34 perlawanan bagi setiap pasukan semalam, 5 pasukan tercorot akan beraksi dalam saingan M150 Championship League atau Thai League 2 musim 2019.

Pasukan-pasukan tersebut adalah  Bangkok Glass FC, Police Tero FC, Navy FC, Ubon UMT United dan Air Force Central FC.

43418828_895234577531764_9853874747736064_n

Penjaring Terbanyak Thai Premier League 2018

Penyerang prolifik Buriram United, Diogo Luis Santo muncul sebagai penjaring terbanyak saingan Toyota Thai Premier League 2018 apabila menjaringkan 34 gol musim ini jauh mengatasi pesaing dikedudukan kedua Heberty Fernandes dengan 26 gol.

Jika diperhatikan dari senarai Top 5 penjaring terbanyak Toyota Thai League 2018, Diogo jelas berada dalam kelas tersendiri tanpa dapat dicabar oleh mana-mana pemain lain.

43397958_895839530804602_875790204416294912_n

Buriram United Cipta Rekod Mata Paling Tinggi Sebagai Juara Liga

Juara musim 2018 Buriram United memecahkan rekod jumlah mata paling tinggi sebagai juara Thai Premier League apabila mengutip 87 mata apabila tamat 34 perlawanan.

Rekod sebelum ini dengan jumlah 85 mata juga adalah milik mereka yang dibuat pada musim 2011.

43383995_895827184139170_600616687758213120_n

Pemain Tunggal Beraksi Setiap Minit Dalam 34 Perlawanan

Kapten pasukan Suphanburi FC, Sinthaweechai Hathairattanakool mencipta rekod musim 2018 sebagai satu-satunya pemain yang beraksi setiap minit dalam setiap perlawanan.

Bekas penjaga gol kebangsaan Thailand ini telah mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa dan satu perlawanan bertemu Trinidad & Tobago dijadikan sebagai ‘testimonial match’ pada 14 Oktober 2018.

34 perlawanan dengan masa bermain 3,060 minit dalam musim 2018.

43480587_895873094134579_7934851010189590528_n

Jumlah Pasukan Dalam Saingan Thai Premier League 2019 Dikurangkan

Mungkin tidak ramai lagi yang tahu bahawa mulai musim 2019, saingan tertinggi bola sepak profesional Thailand, Toyota Thai Premier League hanya akan mempunyai 16 buah pasukan bertanding berbanding 18 pasukan pada musim ini.

Tamat musim 2018, 5 pasukan diturunkan ke Thai League 2 atau M150 Championship League dan 3 pasukan pasukan akan dinaikkan menjadikan jumlah keseluruhan pasukan Thai League 1 2019 kepada 16.

thai premier league