Cabaran wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam AFC Champions League 2021 (ACL) sudah pun berakhir semalam apabila mereka menamatkan saingan di kedudukan ketiga dalam kumpulan G dengan 4 mata selepas mengharungi 6 perlawanan di Bangkok.

Bagaimanapun, skuad Harimau Selatan berjaya membawa pulang AS$60,000 (RM250,890) selepas menewaskan kelab Thailand, Ratchaburi FC 1-0 pada 25 Jun lalu dan seri tanpa jaringan dengan lawan yang sama semalam.

Keputusan yang dilakar oleh JDT dalam kempen ACL musim ini menyamai pencapaian pada musim 2019 dengan satu kemenangan dan satu seri.

Sebagai rekod, setiap pasukan yang mencatat kemenangan akan mendapat AS$50,000 (RM209,075) di peringkat kumpulan manakala keputusan seri membolehkan mereka mendapat AS$10,000 (RM41,815).

Malah, pasukan yang layak ke pusingan 16 terbaik akan memperoleh AS$100,000 (RM418,150) sementara suku akhir menjanjikan hadiah yang lebih lumayan sebanyak AS$150,000 (RM619,000).

Pasukan yang mara ke separuh akhir pula akan menerima AS$250,000 (RM1.04 juta) manakala naib juara akan mendapat AS$2 juta (RM8.25 juta) dan AS$4 juta (RM16.5 juta) pula akan akan diberikan kepada juara AFC Champions League.

203852432_2053266521503303_3489216155249218098_n
FOTO: JST

Ini berbeza dengan kejohanan AFC Cup, dimana hadiah wang tunai hanya akan diberikan kepada juara dan naib juara sahaja.

Juara AFC Cup akan menerima AS$1.5 juta (RM6.27 juta), manakala sebagai naib juara pula akan menerima sebanyak AS$750,000 (RM3.13 juta).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Selepas 28 Tahun Liga Profesional Dilancarkan, Kini J.League Disiarkan Secara LIVE Di 66 Buah Negara

Kiatisuk Senamuang Nasihatkan Chanathip Tidak Lupakan Impian Untuk Beraksi Di Eropah

Lalenok United Dan Visakha Tolak Tawaran Jadi Tuan Rumah Saingan Piala AFC Zon Asean