Pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto mahu Jorge Pereyra Diaz membarisi pasukannya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut laporan Stadium Astro, Kurniawan menegaskan gaya permainan yang dimiliki oleh Diaz sesuai dengan corak permainan yang diterapkan oleh Sabah.

Kurniawan Dwi Yulianto
Sumber Gambar: MFL

“Permainannya cocok dengan corak permainan kami.

“Kami perlu adakan kesepakatan dengan secepat mungkin agar dia boleh datang dengan segera,” kata jurulatih dari Indonesia itu.

Kurniawan Dwi Yulianto sekali lagi diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pasukan Sabah musim ini selepas membantu kelab itu mengelak daripada tersingkir ke saingan Liga Perdana musim ini.

Bagi Diaz pula, bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi di Mexico, Argentina dan Bolivia setelah meninggalkan skuad Harimau Selatan pada 2018 lalu.

Diaz mempunyai pengalaman luas dalam saingan Liga Malaysia dimana beliau pernah muncul sebagai penjaring terbanyak saingan Liga Super pada musim 2016.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Accra Lions FC Umumkan 2 Pemain Muda Mereka Dipinjamkan Ke Pasukan Selangor FC II Musim 2021

Jorge Pereyra Diaz Bakal Kembali Ke Saingan Liga Malaysia

RASMI: JDT Umum Jonathan Herrera Sebagai Pemain Import Baharu