Lebih banyak drama berlaku di kem pasukan Sabah menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila pengendali dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto dikhabarkan kembali dilantik sebagai pengendali pasukan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam dimana perubahan pengurusan menyaksikan Kurniawan kembali dilantik sebagai ketua jurulatih.

Sebelum ini, kontrak Kurniawan tidak disambung bagi menghadapi saingan musim 2021 dan Sabah melantik Lucas Kalang Laeng sebagai pengendali pasukan yang baharu.

Namun, peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Football Club Sdn Bhd (Sabah FC), Datuk Verdon Bahanda menyaksikan jurulatih kelahiran Sarawak itu digantikan dengan Kurniawan Dwi Yulianto.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin turut mengumunkan bekas pemain, Burhan Ajui dilantik sebagai penolong jurulatih dan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah yang baharu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Penyokong Kritik Logo Baharu Sri Pahang FC, Pemenang Dakwa Belum Terima Hadiah Seperti Dijanjikan

FAM Umum Datuk Ong Kim Swee Sebagai Pengarah Teknikal Baharu Gantikan Tempat Peter de Roo

RASMI: Rabih Ataya Sertai Kedah FC Secara Pinjaman Selama Setahun