Pengurusan pasukan Sabah memberi amaran keras kepada ketua jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto ekoran prestasi hambar yang ditampilkan dalam saingan Liga Super musim ini.

Menerusi pengumuman di laman media sosial rasmi kelab, pengurus Sabah iaitu Marzuki Nasir berkata pihak pengurusan sangat kecewa dengan tiga kekalahan berturut-turut yang dialami oleh pasukan dimana baru-baru ini mereka tewas kepada Sri Pahang dengan keputusan 2-1.

“Ini termasuk menilai semula dan mendapatkan input berkaitan prestasi pasukan di bawah bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto selepas menerima kehadiran lima pemain import yang sudah beraksi bagi memperkuatkan barisan Sabah FC.

“Pihak pengurusan akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menilai semula tahap prestasi kejurulatihan sebelum mengambil sebarang keputusan demi kebaikan serta kepentingan dalam Sabah,” kata Marzuki.

Sabah setakat ini hanya meraih satu mata selepas empat perlawanan Liga Super dan mereka menduduki zon penyingkiran bersama satu lagi pasukan iaitu UiTM FC yang mengalami nasib sama.

Pada perlawanan seterusnya, Sabah akan menerima kunjungan pasukan di tangga kedua yang masih belum tewas setakat ini iaitu Terengganu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Melaka United Kekalkan Rekod Seri Tanpa Menang

Adakah Penalti Ke-2 JDT Sepatutnya ‘Retake’, Kedudukan Kaki Khairulazhan Jadi Tanda Tanya.

Karsten Neitzel Puas Hati Dengan Prestasi Pemain, Tegaskan Momentum Wajib Diteruskan