Bekas ketua jurulatih pasukan Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto dikhabarkan kekal dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila beliau akan bersama pasukan baharu.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Kurniawan bakal menjadi penolong jurulatih kepada Irfan Bakti untuk mengendalikan Kuching City FC dalam saingan Liga Perdana musim 2021.

Musim lalu, Kurniawan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pasukan Sabah dimana beliau menggantikan Jelius Ating yang tidak mempunyai Lesen Pro AFC seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam saingan Liga Super, Sabah menamatkan saingan di tangga ke-10 sekaligus mengelak berada dalam zon penyingkiran, meraih dua kemenangan, tiga seri dan mengalami enam kekalahan sepanjang musim.

Kuching City FC pula menamatkan saingan Liga Perdana musim 2020 di tangga keempat, lima mata di belakang pasukan Kuala Lumpur sekaligus gagal meraih tempat untuk beraksi di Liga Super musim hadapan.

Bekas ketua jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti dilantik sebagai ketua jurulatih bagi menggantikan Akira Higashiyama yang mengendalikan pasukan pada musim 2020. Pengurusan pasukan Kuching City pada awalnya mahu melanjutkan kontrak jurulatih muda dari Jepun itu namun Akira menolak tawaran tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Kedah Darul Aman Belanja Sakan, Bawa Pulang Bekas Pemain

Daniel Ting Bakal Sertai Pasukan Dari Lembah Klang

Fasiliti Lengkap Antara Sebab Utama Nik Sharif Pilih Sertai Selangor