Ketua jurulatih pasukan Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto dalam sidang media sejurus selepas perlawanan tamat semalam menyatakan bahawa Amri Yahyah adalah seorang pemain yang tahu untuk menggunakan tenaganya dengan efektif dalam perlawanan.

“Saya tahu Amri ini pemain yang sangat berpengalaman. Walaupun dia berumur 40 tahun, tapi dia sanngat efisien dan efektif dalam menggunakan tenaganya.”

“Jadi, saya tidak mengatakan bahawa kita bertumpu (bergantung) kepada Amri, kerana saya percaya pemain saya. Tapi memang Amri ini pemain yang bisa mengubah perlawanan.”

amri yahyah

“Sebelum perlawanan saya selalu berkata kepada Amri, kamu lakukan yang terbaik 100% yang kamu bisa walaupun 20 minit atau 30 minit, bagi kami cukup. Bukan kita mahu expect dia bermain 90 minit.”

“Kerana itu akan meletakkan tekanan keatasnya, kita tahu umurnya serta kita juga memberitahu Amri untuk cuba beraksi secara maksimum untuk 45 minit. Kita akan tukar kerana masih ada perlawanan bertemu Kedah dengan masa recovery hanya 2 hari, pastinya berat untuk Amri sendiri.”

Gol ke-2 dari Amri Yahyah semalam pastinya menjadi bualan peminat bola sepak tempatan terutamanya penyokong pasukan Sabah sendiri dimana gol tersebut dijaringkan dengan penuh bergaya oleh pemain itu.”

Saksikan video gol tersebut dibawah ini.

Siapa kata Liga Malaysia tak best? Nikmatilah!

181702679_5400367570035704_1896221814362407225_n

Pasukan Sabah kini berada dikedudukan ke 7 saingan unifi Liga Super Malaysia dengan 16 mata dari 12 perlawanan berkongsi mata dengan pasikan Kuala Lumpur City.

Perlawanan seterusnya, Sabah akan berkunjung ke Alor Setar untuk berdepan dengan pasukan Kedah yang kini berada dikedudukan ke-3 liga.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

“Beraksi Ditempat Lawan, Berikan 2 ‘Silly Goal’ Diawal Permainan Adalah Masalah Besar Kami.”

2 Pemain Pasukan Kelantan Sah Positif COVID-19, Perlawanan Bertemu Perak II Ditunda Ke Tarikh Lain

Liga Amatur Divisyen 4 Thailand Ada 179 Kelab Bertanding Merebut 6 Slot Ke Saingan Thai League 3 Musim 2022