Malaysian Football League (MFL) kelmarin mengesahkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah melanjutkan tarikh tutup jendela perpindahan pemain pertama sehingga 5 Mac 2021 untuk Liga Malaysia.

Walaupun tarikh tutup jendela perpindahan pemain pertama Liga Malaysia 2021 telah dilanjutkan, namun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Johan Kamal Hamidon mengesahkan Selangor sudah pun melengkapkan kuota pemain import mereka lebih awal daripada tarikh tutup asal (19 Februari).

Menurut Johan, pemain import kelima Selangor sudah didaftarkan pada 12 Februari lalu dan bakal menyertai sesi latihan pasukan pada hari isnin ini setelah selesai menjalani proses kuarantin.

“Alhamdulillah, Selangor dah daftar kedua-dua pemain Ifedayo dan pemain import kelima pada 12 Februari dengan MFL. Hari ini (semalam) pula dah dapat pengesahan status Asia Ifedayo,” jelasnya.

photo_2021-02-19_20-55-42

Difahamkan pemain import kelima tersebut ialah Manuel Konrad dari Jerman. Konrad merupakan pemain tengah berusia 32 tahun dan beliau mempunyai pengalaman beraksi bersama kelab divisyen tiga liga bola sepak Jerman, KFC Uerdingen 05.

Sebelum ini, Konrad pernah beraksi bersama beberapa kelab Jerman yang lain seperti SC Freiburg, SpVgg Unterhaching, FSV Frankfurt dan Dynamo Dresden. Beliau dijangka akan berganding dengan Brendan Gan untuk memperkasakan jentera tengah skuad Gergasi Merah.

Selain Konrad, empat pemain import yang telah disahkan menyertai pasukan itu ialah Tim Heubach, Oliver Buff, Safuwan Baharudin dan Ifedayo Olesegun yang akan mengisi kuota pemain import Asia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kedah Berisiko Tidak Dapat Beraksi Di AFC Cup 2021?

RASMI: Melaka United Umum Alex Gonçalves Dan Manuel Ott Sebagai Pemain Import Baharu

Selangor 2 Diperkuatkan ‘Wonderkid’ Myanmar Hadapi Saingan Musim 2021

Mempunyai Ketinggian 191 cm, Mamadou Wague Bakal Berganding Dengan Herold Goulon Dalam Skuad Pahang