Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Somyot Poompanmuong mengeluarkan satu kenyataan bagi menjelaskan kenapa mereka bersetuju untuk menambah bilangan kuota pemain import dari ASEAN mulai musim 2019.

Menurut beliau idea itu telah dibincangkan bersama semua kelab dalam Thai League dalam satu perjumpaan pada 9 Januari 2018 yang lalu dimana pendapat serta pandangan semua pihak telah diambil kira sebelum keputusan ini dibuat.

Dengan penambahan kuota import itu nanti, Thai League melihat potensi yang wujud untuk menambahkan nilai kepada liga mereka, faedah kepada kelab serta membuka peluang untuk kelab-kelab membangun dengan lebih lagi. Ini adalah konsep atau idea yang mereka mahu gunakan.

kuota asean liga thai

“Perkara pertama adalah kita perlu menerima perubahan ini. Bola sepak dunia sudah banyak berubah. Ia bukan sekadar perlawanan bola sepak sahaja, tetapi telah melibatkan perniagaan.”

“Setiap kelab bola sepak terutamanya negara membangun dalam arena bola sepak seperti Thailand, kunci utama adalah bajet kewangan yang diperlukan oleh setiap kelab, dan ianya tidak sama.”

Hari ini kita perlu memikirkan mengenai satu model baru dengan berbincang bersama-sama semua pihak yang terlibat. Jangan berfikir dan duduk bersendirian. Kita melihat negara yang sudah maju dalam bidang bola sepak, contohnya English Premier League, nilai liga mereka cukup lumayan. Duit yang dibayar kepada kelab cukup mewah. Kita mahu menjadi seperti itu.”

“Saya selalu memikirnya mengenai kelab di tempat kita. Semua pasukan membangunkan kelab dengan penuh rasa sayang dan kerja keras, terutamanya kelab-kelab kecil bersusah payah mencari penaja.”

kuota asean

Dalam perbincangan yang diadakan itu juga, Presiden FAT juga memberitahu apabila bola sepak telah menjadi satu perniagaan, mereka perlu menambahkan nilai kepada bola sepak itu sendiri.

Sambil itu juga beliau memberitahu, Thailand tidak boleh membuat andaian bahawa semua rakyat Thailand akan menonton bola sepak. ASEAN dengan populasi yang lebih 600 juta penduduk mempunyai satu potensi yang sangat besar kepada Thai League.

Selain itu, Somyot Poompanmuong juga menegaskan bahawa pasaran bola sepak juga semakin berkembang dan mereka perlu membuat perancangan teliti bagaimana untuk menaikkan lagi nilai liga mereka. Salah satu dari perancangan itu adalah pengenalan kuota pemain ASEAN serta pelan pemasaran liga itu sendiri.

chanathip songkrasin

Bagi menjelaskan lagi konsep yang cuba digunakan kepada media, beliau memberikan contoh bagaimana rakyat Thailand melihat 3 pemain mereka yang beraksi dalam saingan J1 League – Teerasil Dangda (Sanfrecce Hiroshima), Chanathip Songkrasin (Hokkaido COnsadole Sapporo) dan Theerathon Bunmathan (Vissel Kobe).

“Saya bukan selalu menonton siaran bola sepak, tetapi disebabkan 3 pemain itu beraksi, saya akan membuka TV dan menonton siaran langsung J1 League”

Ini adalah sebab kenapa saya fikir sekarang adalah masanya. Jika Thailand mashu menjadi hub bola sepak ASEAN, kita perlu menukar cara kita berfikir.

Jangan halang dan jangan takut pemain Thailand tidak akan dapat bermain atau pemain ASEAN akan menggelamkan pemain kita. Lihat dari sudut yang berbeza, dan ini akan meningkatkan lagi persaingan.

Pemain Thailand mempunyai motivasi untuk membangun dan menaikkan tahap bola sepak Thailand secara keseluruhannya.

Sumber