Kuching City melakar sejarah mara ke suku akhir Piala Malaysia 2022 disaksikan peminat mereka sendiri.

Kuching City melayan kunjungan pasukan Penang FC di Stadium Negeri Sarawak, dalam aksi timbal balik pusingan 16 akhir Piala Malaysia 2022.

Perlawanan pertama menyaksikan kedua dua pasukan terikat 2-2.

Kuching City mendapat sokongan padu daripada peminat mereka.

Perlawanan di antara kedua dua pasukan berlarutan ke masa tambahan.

Ini selepas kedua duanya terikat 1-1 untuk aksi 90 minit yang.

Lucas Espindola terlebih dahulu meletakkan Penang FC pada minit ke-22.

Ianya berpunca daripada kesilapan pemain pertahanan Kuching City yang melakukan hantaran dan terbias pada Adib Raob yang melakukanĀ pressingĀ  yang sangat baik.

Adib terus melorongkan bola ke tengah dan kemudian disempurnakan oleh Lucas Espindola.

Namun Penang FC gagal mempertahankan gol tunggal mereka itu. Kuching City berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi sepakan percuma cantik oleh Alif Hassan pada minit ke-62.

Tiada tambahan gol untuk baki 28 minit terakhir. Dan perlawanan terpaksa diteruskan ke masa tambahan 30 minit.

Pada masa tambahan, kedua dua pasukan masing masing memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Namun gagal disempurnakan dengan pemain pemain kedua dua pasukan kelihatan keletihan.

Kuching City akhirnya mendapat gol kemenangan ketika masa tambahan berbaki kira kira 2 minit lagi menerusi Wan Faiz Wan Sulaiman.

Penang FC langsung tiada peluang untuk membalas jaringan itu.

Kuching City mencipta sejarah mara ke suku akhir Piala Malaysia buat pertama kalinya.

Penang FC terpaksa akur dengan pasukan kelab kecil dari Sarawak itu.