Ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti mendedahkan kelab bimbingannya bakal diperkuatkan oleh pemain import dari Brazil bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut laporan Harian Metro, Kuching menandatangani bekas pemain import Kelantan iaitu Aylton Alemao dan mengekalkan dua pemain dari skuad musim lalu iaitu Hudson Dias dan Leonardo Alves serta pemain Jepun, Yuta Suzuki.

Hello 2021!Minggu pertama latihan pramusim 2021.

Posted by Kuching City FC on Friday, January 1, 2021

“Kami percaya empat tonggak import itu mampu menjadi nadi kekuatan pasukan dalam saingan Liga Perdana yang bakal berlangsung akhir bulan depan,” kata Irfan.

Bagi saingan Liga Malaysia musim ini, bekas pemain sayap skuad kebangsaan, Joseph Kalang Tie bakal meneruskan tugas sebagai ketua pasukan dan Irfan percaya Kuching mampu untuk memberikan saingan kepada pasukan besar yang lain di Liga Perdana.

Irfan yang pernah mengendalikan beberapa pasukan besar seperti Selangor dan Terengganu FC sebelum ini meletakkan sasaran untuk layak ke Liga Super pada musim 2022.

Dalam saingan Liga Perdana musim 2020, Kuching City yang dibimbing oleh ketua jurulatih dari Jepun, Akira Higashiyama menduduki tangga keempat dibelakang Pulau Pinang, Terengganu FC II dan Kuala Lumpur.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Sukan Berkumpulan Tidak Dibenarkan Ketika PKP, Persiapan Pasukan Liga Malaysia Terjejas?

RASMI: Zaquan Adha Kembali Sertai Negeri Sembilan

Anwar Ibrahim Hampir Pasti Sertai Kuala Lumpur United

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group