Barcelona kembali semula menyambung aksi mereka. Sebelum itu, aksi Sevilla dan Real Betis telah turun beraksi dalam aksi yang menandakan kepulangan semula aksi La Liga.

Berikut adalah 5 perkara daripada kemenangan Barca ke atas Mallorca.

1. Barca 5 mata di puncak

Barcelona dengan mudah melepasi cabaran daripada RCD Mallorca dalam aksi La Liga semalam dan sekaligus menjarakkan diri 5 mata dari Real Madrid.

After Arturo membukan tirai jaringan untuk Barca, diikuti gol kedua oleh Martin Braithwaite. Itu adalah gol pertama beliau selepas 4 penampilan untuk Barca.

Jordi Alba dan Lionel Messi menambah dua gol lewat untuk memberikan kemenangan 4-0 untuk Barca.

2. Messi dan Ronaldo sudah kembali

Lionel Messi menjadi nadi kekuatan pasukannya sekali lagi. Ianya seperti satu hadiah terbaik buat peminat bola sepak apabila menyaksikan kembali Messi beraksi, sehari selepas Cristiano Ronaldo bermain untuk Juventus.

Ini selepas 3 bulan bola sepak dunia berehat.

3. Skuad Barca

Luis Suarez kembali semula beraksi. Beliau sepatutnya terlepas aksi baki musim ini. Namun rehat koronavirus memberikan peluang kepada beliau untuk pulih dan turun beraksi.

Beberapa pemain lain juga sudah kembali cergas sepenuhnya.

Ianya nampak sangat malang buat Mallorca.

4. Kubo memang bagus

Bagi peminat Real Madrid yang menyaksikan aksi ini, mereka mungkin kecewa kerana Mallorca ternyata tidak mampu menyekat Barca. Tetapi perkara yang positif pastinya aksi Takefusa Kubo.

Sudah tentunya bekas graduan La Masia itu – kini bermain untuk Mallorca sebagai pemain dari Real Madrid yang dipinjamkan.

Ternyata Kubo bakat yang luar biasa. Pemain berusia 19 tahun itu memberikan Jordi Alba masalah besar sepanjang perlawanan dan memakasa Marc-André ter Stegen melakukan beberapa siri penyelamatan.

Penceroboh padang

Satu perkara yang menjadi perhatian selain daripada Messi dan Kubo adalah penceroboh padang.

Aksi yang sepatutnya dalam stadium kosong sebenarnya ada penyusup masuk ke dalam stadium. Malah dia siap menceroboh padang lagi.

Mallorca pasti akan disiasat kerana perkara ini. Kesalahan berkaitan langkah keselamatan koronavirus adalah di bawah pemantauan kerajaan.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

United Mendahului Persaingan Dapatkan Havertz, Namun Usaha Chelsea Lebih Konkrit

Pekerja Binaan Stadium Piala Dunia Qatar Sudah 7 Bulan Tak Dapat Gaji

Aplikasi Penjaga Gol Untuk Disewa, Selesaikan Masalah ‘Semua Tak Nak Jadi Keeper’