Kualiti pemain import dari Singapura yang mewarnai Liga Malaysia setakat ini adalah yang paling baik berbanding negara-negara ASEAN lain.

Itu pendedahan ketua jurulatih Selangor, B.Satianathan yang berkata perkara itu disokong berdasarkan lima pemain yang kini bermain di Liga Malaysia merupakan antara tonggak utama skuad kebangsaan Singapura.

Mereka juga menjadi pilihan paling mudah berbanding mendapatkan pemain-pemain skuad kebangsaan dari negara lain seperti Vietnam,Thailand atau Myanmar.

Kualiti
Sumber Gambar: MFL

“Kalau kita tengok kualiti yang ada pemain Singapura yang bermain di Liga Malaysia sekarang, saya boleh katakan mereka sentiasa konsisten dan menjadi tonggak utama pasukan kerana mereka antara terbaik di negara mereka.

“Selain itu, pengurusan juga berbaloi mendapatkan khidmat mereka kerana gaji yang ditawarkan berpatutan dan tidak terlalu tinggi seperti sesetengah pasukan lain.

“Kalau kita hendak harapkan pemain utama Vietnam atau Thailand datang ke sini mungkin sukar sekali kerana gaji yang diminta agak tinggi dan pelbagai permintaan lain.

“Malah budaya serta bahasa mereka juga jauh berbeza dengan Malaysia yang menambahkan lagi faktor kurang minat untuk mereka tidak datang ke sini,” katanya.

Kualiti
SHAH ALAM 28 JANUARI 2019. Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Selangor, B. Sathianathan ketika latihan persiapan menjelang Liga Super 2019 di Padang SUK. STR/OWEE AH CHUN.

Persamaan budaya dan bahasa menjadi kelebihan mengapa pemain dari Singapura menjadi pilihan kebanyakan pasukan di pentas Liga Malaysia untuk mengisi kuota import ASEAN.

Selangot buat masa ini turut menggunakan seorang pemain import Singapura bagi mengisi kuota ASEAN iaitu Safuwan Baharudin.

Kualiti
Salah seorang pemain baharu Selangor, Safuwan Baharudin.

Manakala pemain lain terdiri daripada Hariss Harun (Johor Darul Ta’zim), Shakir Hamzah (Kedah), Faris Ramli (Terengganu FC) dan Khairul Amri (Felda United).

Satu lagi faktor menarik perhatian Satianathan ialah kebanyakan pemain dari Singapura ini mempunyai personaliti serta keterampilan yang cukup baik.

Berdisiplin serta bijak dalam membina hubungan dengan peminat dan media menjadi antara nilai tambah pemain dari Singapura.

Kualiti
Sumber Gambar: JST

“Bagi saya yang berpengalaman, saya akui pemain dari Singapura ini ada disiplin yang baik dan tidak timbulkan banyak masalah.

“Ini menjadikan saya mudah jalinkan kerjasama malah mereka ada personaliti menarik serta mudah bergaul dengan pemain-pemain lain.

“Perkara-perkara ini menjadi nilai tambahan yang penting kepada mana-mana pemain jika mahu kekal lama dalam industri bola sepak,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Khalid Ali: “Batalkan Terus Liga Malaysia 2020, Kita Mulakan Balik Tahun Depan”

Terengganu Hulur Sumbangan Kepada Tabung Bantuan COVID-19

FAM Gesa Pihak Berkepentingan Agar Patuh Dengan Garis Panduan FIFA