Pendatang baharu Liga Super, Kuala Lumpur dilaporkan memberikan kontrak lanjutan kepada salah satu pemain import mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain import yang dimaksudkan ialah Paulo Josue dimana pemain dari Brazil itu akan kekal bersama skuad Ibu Kota untuk musim kelimanya setelah menyertai pasukan pada 2017.

Josue menjadi salah satu pemain penting bagi Kuala Lumpur sejak musim 2017 dimana beliau sentiasa menampilkan persembahan terbaik bersama pasukan itu.

Sinonim dengan kemampuan mengambil sepakan percuma dengan kaki kirinya, pemain berusia 31 tahun itu bahkan diangkat sebagai ketua pasukan sekiranya pemain senior lain seperti Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin tidak beraksi.

Selain memberi kontrak lanjutan kepada Paulo Josue, Kuala Lumpur dikhabarkan turut mendapatkan khidmat bekas pemain tengah Melaka United, Romel Morales bagi menghadapi saingan musim 2021.

Setakat ini, Kuala Lumpur telah mengumumkan mereka mendapatkan khidmat bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali dan bekas ketua pasukan Felda United, Hadin Azman.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Wan Kuzain Tidak Akan Beraksi Di Liga Malaysia Musim Hadapan

Kerteh Sports City Sdn Bhd Ditubuhkan Untuk Mengurus Kemudahan Serta Prasarana Sukan Di Kerteh

Masaki Watanabe Sah Perkuatkan Benteng Pertahanan Terengganu FC