Kuala Lumpur City terpaksa menunggu lebih lama untuk kembali menggunakan khidmat penyerang import mereka iaitu Dominique Da Sylva apabila pemain itu terpaksa berehat selama dua minggu lagi ekoran kecederaan yang dialami.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Dominique mengalami kecederaan ligament tear sekaligus terpaksa berehat lebih lama.

Dominique tidak beraksi dalam empat perlawanan Liga Super sebelum ini dimana kali terakhir beliau turun beraksi ialah pada perlawanan menentang Sabah yang mana berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Sepanjang ketiadaan pemain yang juga pernah memperkuatkan jentera serangan Terengganu itu, KL City hanya mampu mencatat satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Rehat selama dua minggu bakal menyaksikan Da Syla akan terlepas perlawanan menentang pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada hujung minggu ini serta dua aksi lain iaitu menentang Penang dan UiTM.

Ketika ini skuad bimbingan Bojan Hodak menghuni tangga ke-7 dengan kutipan 12 mata selepas 10 perlawanan, dibezakan dua mata dengan pasukan di tangga keenam iaitu Petaling Jaya City.

Sekiranya KL City berjaya menundukkan JDT hujung minggu ini, mereka hampir pasti untuk menamatkan saingan separuh masa pertama Liga Super di kelompok pasukan pertengahan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

TERKINI: Kedah Dalam ‘Kumpulan Maut’ AFC Cup 2021 Zon ASEAN, Terengganu Miliki Laluan Selesa

Irfan Bakti: Apa Yang Dilakukan Terengganu Satu Kebiasaan

UiTM FC Lepaskan Dua Tonggak Import, Tandatangani Bekas Pemain