Kelab Bola Sepak Kuala Lumpur (KL City) kelmarin mengumumkan mereka telah menjalinkan hubungan kerjasama unik dengan juara Pro Gulf League 5 kali dari Iran, Sepahan SC.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Duta Besar Iran di Malaysia, His Excellency Tuan Ali Ashgar Mohammadi dan YB Khalid Abd Samad (Pengerusi Lembaga Pengarah Kuala Lumpur United Football Club Sdn Bhd). Ia menjadi suatu perangsang hubungan perniagaan di antara kedua-dua bandar tersebut.

FOTO: KL City

Menurut kenyataan rasmi, perjanjian itu dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang lebih lagi kepada kedua-dua kelab bola sepak ini bukan sahaja melalui perkongsian pendidikan jurulatih dan maklumat teknikal dalam permainan bola sepak, tetapi dari segi pentadbiran kelab bola sepak secara keseluruhan.

Malah, mereka juga berpeluang untuk mengadakan perlawanan persahabatan di antara Sepahan SC yang merupakan bekas finalis Liga Juara-Juara AFC dan KL City yang akan membantu dari segi perniagaan.

Khalid Samad juga mengakui bahawa perjanjian itu peluang yang sangat baik untuk KL City serta menyifatkan Sepahan adalah sebuah kelab yang mantap dan sangat terkenal di arena bola sepak.

FOTO: KL City

“Perjanjian ini bukan sahaja yang pertama di antara kelab bola sepak di Malaysia dan Iran tetapi juga merupakan salah satu tindakan terbaru KL City untuk menerapkan “amalan-amalan baik” daripada kelab-kelab bola sepak antarabangsa yang berjaya kepada KLCFC.

“Ini juga merupakan salah satu usaha serius KL City untuk mengembalikan era “Glory Days” mereka pada tahun 1980-an dan 90-an.” tulis kenyataan rasmi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Langkawi City Jalin Hubungan Kerjasama Dengan Borussia Dortmund

Jaringan Park Tae-Su ‘Mendunia’, Pakar Cadang Hantar Ke Puskas

KFA Akan Berunding Dengan LHDN Untuk Hapus Kira Tunggakan Cukai Tahun Lalu