Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman meminta agar Giancarlo Gallifuoco menutup mulut selepas pemain pertahanan Kuala Lumpur City itu mengkritik persembahan pemain JDT pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 menentang Selangor baru-baru ini.

Menerusi laman media sosial Twitter miliknya, Gallifuoco mengkritik pemain JDT dengan melabel mereka sering melakukan simulasi pada aksi menentang Selangor dan perkara ini nyata tidak digemari oleh Arif Aiman.

https://twitter.com/giange94/status/1596520117139296257?s=46&t=Y1g1lfqpT1Cz-biwnYi9ew

“JDT merupakan pasukan yang mempunyai kualiti dengan ramai pemain yang berkualiti. Namun mereka banyak melakukan simulasi dan ianya seperti Sukan Olimpik,” kata Giancarlo Gallifuoco.

Arif membalas ciapan tersebut dan meminta agar pemain dari Australia itu supaya menutup mulut.

Arif Aiman Giancarlo Gallifuoco JDT

Bekas pemain Sabah dan Negeri Sembilan, Scott Ollerenshaw turut memberikan komen terhadap ciapan Gallifuoco dimana beliau meminta agar pemain itu berdiam diri dan tidak membuat sebarang kenyataan.

https://twitter.com/scotollerenshaw/status/1596783939846561792?s=46&t=ShqDfJzVOQGJAPysB886WA

“Anda sekarang bergelar pemain bintang ya Charlie? Anda tak boleh berjaya di Australia dan sekarang anda patut bersyukur dapat cari makan di sini.

“Duduk diam dan jangan keluarkan kenyataan terumamanya terhadap kelab yang sentiasa memenangi kejuaraan dan beraksi di pentas AFC Champions League (ACL) yang mana turut membantu pasukan lain di Malaysia untuk layak ke Asia,” kata Ollerenshaw.

JDT menjulang Piala Malaysia 2022 setelah menewaskan Selangor dengan keputusan 2-1 pada perlawanan akhir hasil jaringan daripada Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri.

Skuad kendalian Hector Bidoglio menjadi kelab pertama di Malaysia yang memenangi Quadruple yang mana sebelum ini mereka memenangi Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super.

Skuad JDT II yang beraksi di saingan Liga Premier turut muncul juara sekaligus melengkapkan musim gemilang bagi kelab dari Selatan tanah air itu.