Kehadiran ZamSaham atau Norizam Tukiman dilihat sebagai satu rahmat kepada pemain Kelantan yang sudah lama merana ekoran krisis tunggakan gaji yang melanda skuad itu apabila beliau kini sah bergelar sebagai pemilik pasukan.

Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah mengeluarkan satu kenyataan media yang mengatakan badan itu telah menerima sebanyak RM1 Juta hasil daripada penjualan TRW Sendirian Berhad dan telah mengagihkan sebanyak RM370 Ribu bagi menyelesaikan tunggakan satu bulan gaji kepada pemain dan pegawai pasukan.

KAFA dijangka akan menerima baki bayaran penjualan saham sebanyak RM2 Juta pada 12 September nanti, seperti yang termaktub dalam perjanjian mengenai harga jualan saham TRW Sdn Bhd sebanyak RM3 Juta yang telah dipersetujui sebelumnya.

Selain itu, KAFA turut membuat pinjaman sebesar RM3.8 Juta kepada ZamSaham yang mana wang tersebut akan diterima secara berperingkat iaitu pada hujung Oktober sebanyak RM1 Juta dan RM2.8 Juta lagi akan diterima pada Disember nanti.

Kesemua wang yang diterima oleh KAFA ini dijangka bakal digunakan untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain semasa dan juga bekas pemain yang sebelum ini membuat tuntutan kepada badan itu.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan di sini:

Ini Hujah Kelebihan TRW Kelantan FC Disenaraikan Dipasaran Saham, Jika Indonesia Boleh Mengapa Tidak Kelantan

ZamSaham: “Kelantan Miliki Penyokong Paling Unik Di Malaysia, RM6.8 Juta Untuk ‘Settle’ Semua Pemilikan 100%

TERKINI: ZamSaham Sah Beli Saham TRW Sdn Bhd, Pemilik Kelantan FC Buktikan Bukan ‘Sembang Kosong’