Krisis kewangan yang dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semakin membimbangkan dimana terkini mereka gagal untuk membayar gaji pegawai pasukan.

Pengguna laman media sosial Twitter yang memaparkan tentang perkembangan bola sepak Kelantan, @TwtBolaKelate membuat pendedahan dimana KAFA sudah 7 bulan tidak membayar gaji Pak Harun, salah seorang Kitman yang sudah lama berkhidmat bersama pasukan Kelantan.

Pak Harun dikatakan telah membelanjakan wang sendiri bagi membeli barang-barang keperluan latihan pasukan Kelantan. Apabila cuba meminta ganti dan menuntut bayarab gajj kepada majikannya, KAFA mengambil langkah berdiam diri dan enggan melayan permintaan Pak Harun.

Keengganan KAFA untuk membayar gaji Pak Harun sedikit-sebanyak telah memberi kesan terhadap kesihatan Kitman berusia 73 tahun itu.

kelantan
Sumber Gambar: KAFA

Krisis kewangan yang dihadapi oleh KAFA sejak dua musim dibawah naungan Bibi Ramjani Ilias Khan nyata memberi kesan terhadap pasukan, bukan sahaja staf kejurulatihan.

Kelantan ketika ini menghuni tangga tercorot dalam saingan Liga Perdana musim ini dan mereka juga bergelut dengan prestasi.

Apa yang pasti, KAFA perlu segera mencari jalan penyelesaian agar nasib pemain serta Pak Harun terbela dan pasukan Kelantan bangkit dalam saingan Liga Perdana.