Krisis kewangan yang dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semakin parah apabila mereka dituntut untuk menyelesaikan hutang lapuk yang melibatkan bekas pemain iaitu Norshahrul Idlan Talaha.

Menurut laporan Berita Harian, KAFA dikehendaki untuk menyelesaikan yuran guaman membabitkan kes perpindahan kontroversi Norshahrul ke Johor Darul Ta’zim (JDT) tujuh tahun lalu.

Menurut Presiden KAFA, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yuran guaman berjumlah RM50,000 kini dituntut oleh syarikat guaman yang terbabit dalam rundingan kes Norshahrul ketika berpindah ke JDT.

Hutang

Sumber Gambar: The Star

“Ada satu kes 2013, satu kontroversi yang berlaku ketika itu, JDT nak ambil Mat Yo. Jadi timbul sedikit kontroversi hingga Kelantan lantik peguam, JDT pun lantik peguam.

“Yuran guaman pada 2013 tidak dibayar oleh KAFA waktu itu dan baru-baru ini kita terima surat daripada firma guaman tuntut bayaran RM50,000 dalam kes rundingan Mat Yo berpindah ke JDT.

“Itu sebagai satu contoh kecil bagaimana hutang-hutang tertunggak dan bertambah sampailah apa yang ada pada hari ini. Tapi kita masih berusaha selesaikan,” katanya.

Hutang

Sumber Gambar: BG Pathum United

Sebelum ini, KAFA harus melunaskan hutang yang membabitkan bekas pemain import pasukan iaitu Cassio De Jesus dimana pemain itu bahkan membawa perkara tersebut ke pengetahuan FIFA.

KAFA dilaporkan menanggung bebanan hutang lapuk kira-kira RM7 juta dengan lebih RM2 juta sudah diselesaikan KAFA.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan di sini:

Dickson Nwakaeme Berharap Kelantan Segera Bangkit Dari Kejatuhan

Enam Lagi Kes FIFA Sedang Menanti Pasukan Kelantan Membabitkan Tunggakan Gaji Lebih RM1.5 Juta

Tiada Jutawan Berminat Selamatkan Pasukan Kelantan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group