Keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang memilih Indonesia sebagai tuan rumah temasya Piala Dunia B-20 pada 2021 nanti kembali menjadi sorotan dimana ramai pihak melahirkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan berikutan insiden membabitkan penyokong dalam perlawanan Liga 1 baru-baru ini.

Pada perlawanan antara PSS Sleman menentang Persebaya Surabaya di Stadium Gelora Bung Tomo, Persebaya tewas dengan keputusan 3-2 dan perkara itu tidak dapat diterima oleh kumpulan penyokong setia yang dikenali sebagai Bonek. Mereka bertindak memasuki padang sebagai tanda protes setelah pasukan mengalami tiga kekalahan berturut-turut.

Bonek bukan sahaja memasuki padang malah mereka membuat kekecohan dengan membakar objek di tengah padang sebagai tanda protes dan juga tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh pasukan.

Perbuatan Bonek ini bakal mendatangkan kesukaran untuk pasukan dimana Jawatankuasa Disiplin Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bakal mengenakan denda berat terhadap Persebaya.

FIFA

Sumber Gambar: Bola.Republika

Insiden ini lantas menarik perhatian peminat bola sepak dunia dimana mereka risau kejadian sama akan berulang ketika temasya Piala Dunia B-20 tahun sedang berlangsung. Tidak ketinggalan ramai pihak yang mengkritik FIFA dengan memilih Indonesia sebagai tuan rumah temasya terbabit.

Liga Indonesia sememangnya sarat dengan kontrovesi sama ada melibatkan perlawanan liga domestik dan juga perlawanan melibatkan skuad kebangsaan mereka. Bulan lalu, penyokong Indonesia membuat onar ketika perlawanan kempen kelayakan menentang Malaysia dimana penyokong lawan yang hadir ke Stadium Gelora Bung Karno dibaling batu dan air kencing.

Baca artikel lain mengenai insiden kekecohan peminat Indonesia di sini:

Andritany Ardhiyasa Jadi Sasaran Amarah Penyokong Indonesia

Warga Indonesia Ini Akui Penyokong Mereka ‘Darurat’ Hormati Pasukan Lawan, Fanatik Itu Boleh, Goblok Itu Jangan.

Saksikan Bagaimana Penyokong Indonesia Membaling Air Kencing Ke Arah Penyokong Malaysia

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group