Setelah saingan Liga Pro Belgium musim 2019/2020 menutup tirai, salah satu kelab yang bersaing iaitu KRC Genk tidak membuang masa untuk melakukan persiapan bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Genk mengambil keputusan untuk menandatangani pemain sayap skuad kebangsaan Jepun, Junya Ito secara tetap daripada kelab J.League, Kashiwa Reysol. Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan.

Sebelum ini, Ito beraksi bersama Genk sebagai pemain pinjaman dan beliau telah membuat 52 penampilan dengan 9 gol berjaya dihasilkan dalam semua kejohanan.

Di atas persembahan cemerlang yang ditampilkan oleh Ito, staf kejurulatihan pasukan mahu pemain berusia 27 tahun itu kekal bersama Genk.

KRC Genk
GENK, BELGIUM – MARCH 30 : Junya Ito forward of Genk is injured during the Jupiler Pro League match between KRC Genk and RSC Anderlecht on March 30, 2019 in Genk, Belgium, 30/03/2019 ( Photo by Peter De Voecht / Photonews
via Getty Images)

Dalam saingan Liga Pro Belgium yang ditamatkan pada semalam, Club Brugge dinobat sebagai juara sementara KRC Genk pula menamatkan saingan di tangga ketujuh.

Oleh itu, KRC Genk akan menghadapi play-off Europa League bagi saingan musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai pemain Jepun di sini:

Keisuke Honda Lakar Sejarah, Jadi Pemain Pertama Cipta Jaringan Di 5 Benua Berbeza

AZ Alkmaar Tandatangan Pemain Jepun Berusia 19 Tahun Dengan Kontrak Penuh Sehingga Musim 2025

Keisuke Honda Adakan Kelas Latihan “Online”, Mahu Sumbang Sebahagian Daripada Kutipan Yang Diperoleh