Pemain pasukan Kedah yang berasal dari Liberia, Kpah Sherman telah menyalurkan bantuan untuk membantu mereka yang terjejas dengan penularan isu COVID-19 dikampung halamannya.

Menurut kemaskini Wesley Kla melalui laman sosial Twitter sebentar tadi, Kpah Sherman melalui ibunya itu bukan sahaja menyumbangkan barangan makanan dan kit kebersihan tetapi juga turut memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai kepada komuniti disana.

Dilaporkan bahawa 625kg beras, beberapa karton barangan kebersihan dan juga wang berjumlah LRD50,000 telah disampaikan.

EVKMjiRVAAI1RjX

Bantuan itu terpaksa dibuat melalui keluarga Kpah Sherman kerana beliau kini berada di Malaysia yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020, namun dijangka akan dilanjutkan lebih lama lagi selepas ini.

Sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan ketika berdepan dengan krisis yang kritikal seperti ini. #StayAtHome

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

‘Ekor’ Harimau Malaya Terlalu Bising Di Stadium, Hampir Mustahil Untuk Dengar Arahan Dalam Padang

Siapa Sebenarnya ‘Funder’ Untuk Bayar Gaji Park Hang-seo Berjumlah RM217,000 Sebulan?

Bapa Chanathip Songkrasin Dedahkan ‘Kitab’ Asas Bola Sepak Anaknya, Fans Manchester United Rupanya

Sumber