Penyerang import Kedah, Kpah Sherman mendapat panggilan bagi beraksi bersama skuad kebangsaan Liberia bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan.

Perkara ini diumumkan oleh Kedah Darul Aman menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Liberia akan menghadapi dua perlawanan persahabatan iaitu menentang Mauritania 11 Jun dan Libya 14 Jun.

Kpah Sherman dijadualkan pulang ke Liberia terlebih dahulu pada 7 Jun ini sebelum terbang ke Tunisia bagi menjalani dua perlawanan persahabatan di atas.

Pemain berusia 29 tahun ini mengikut jejak langkah beberapa pemain import dalam saingan Liga Super yang dipanggil bagi beraksi bersama skuad kebangsaan masing-masing.

Antara pemain yang dipanggil ialah Makan Konate (Mali), K.Anumathan dan Shakir Hamzah (Singapura), Carli De Murga dan Kevin Ray Mendoza (Filipina) Rabih Ataya (Lebanon) serta Ryuji Utomo (Indonesia).

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Proses Naik Taraf Pusat Latihan Terengganu FC Kini Di Fasa Akhir

Penstrukturan Semula Pasukan, Perak Jimat RM500,000 Sebulan

Jersi Rasmi KV Kortrijk Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Melalui Al-Ikhsan Sports