Setelah kehilangan penyerang import pasukan, Fernando Rodriguez yang mengumumkan bakal meninggalkan pasukan musim hadapan, Kedah dilihat tidak menunggu laman bagi mencari pengganti dimana naib juara Piala Malaysia 2019 itu dikaitkan dengan perpindahan penyerang PKNS FC, Kpah Sherman dan penyerang Terengganu FC, Kipre Tchetche.

Setelah menjaringkan 21 gol untuk Kedah dalam semua pertandingan musim ini, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Fernando dan mahu mengambil khidmat penyerang lain bagi memimpin jentera serangan pasukan.

Kpah
Sumber Gambar: Futsal.asia

Perubahan status PKNS FC yang bakal menjadi feeder club kepada Selangor serta keputusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang tidak menyambung kontrak menyebabkan Kpah dan Kipre mencari pasukan baharu bagi menghadapi cabaran musim 2020.

Sherman muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Super dengan catatan 14 gol dimana beliau berjaya mengatasi penyerang Johor Darul Ta’zim, Diogo Luis Santo dan penyerang Selangor, Ifedayo Olesegun yang masing-masing menjaringkan 12 gol. Bagi Kipre pula, beliau mempunyai catatan 6 gol. Jauh berbeza berbanding musim 2018 dimana pemain dari Ivory Coast ini menjaringkan 14 gol.

Kpah
Sumber Gambar: MFL

Selain dari rekod jaringan yang memberangsangkan, pemilihan kedua-dua pemain oleh KFA untuk mengisi jentera serangan pasukan ialah pengalaman yang dimiliki oleh Kpah dan Kipre. Sebelum ini, Kipre pernah membantu TFC mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2018.

Musim hadapan, Kedah akan beraksi dalam saingan play-off Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan mereka perlu mempunyai barisan pemain terbaik bagi melayakkan diri ke saingan terbesar bagi peringkat kelab di rantau Asia itu.

Baca artikel lain mengenai Kpah Sherman yang telah kami sediakan di sini:

Pasukan Liga Super Berminat Dengan Khidmat Kpah Sherman

Peter James Butler Panggil Penyerang PKNS FC, Kpah Sherman Sertai Skuad Kebangsaan Liberia