Dua penyerang import baharu pasukan Kedah, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche berazam mahu menjulang trofi bersama skuad Hijau Kuning pada saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Kpah dan Kipre mula menyertai sesi latihan setelah sah menyertai juara Piala FA 2019 itu dan kedua-dua pemain nyata gembira dapat beraksi bersama pasukan seperti Kedah.

Kpah
Sumber Gambar: Kedah FA

“Saya sangat berharap dapat mengulangi prestasi ketika bersama PKNS FC kerana impian saya menghadiahkan beberapa piala bersama Kedah dan itulah azam saya musim depan.”

“Saya sangat gembira dapat bersama Kedah kerana saya tahu ini pasukan hebat. Walaupun masih baru di Kedah saya selesa dan sudah berasakan seperti di tempat sendiri,” kata Kpah menurut laporan Harian Metro.

Bagi Kipre pula, beliau sudah tidak sabar untuk turun beraksi apatah lagi musim hadapan Kedah akan menghadapi saingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“Pastinya saya dan juga semua pemain teruja menghadapi cabaran baharu musim depan dan kami bakal beraksi di peringkat tertinggi iaitu saingan ke peringkat Liga Juara-Juara Asia (ACL),” kata Kipre Tchetche.

Kpah
FOTO: KFA

Bagi menghadapi saingan musim 2020, Kedah bukan sahaja membawa dua pemain import baru malah mereka turut menandatangani beberapa pemain tempatan.

Antara pemain tempatan yang menyertai pasukan Kedah ialah Irfan Zakaria, pemain sayap Hadin Azman, pertahanan Zulkhairi Zulkifli dan Tam Sheang Tsung yang pernah mewakili kelab Jepun Sagan Tosu.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kedah di sini:

KFA Tidak Sambung Kontrak 10 Pemain, Kipre Tchetche Dan Kpah Sherman Sah Sertai Pasukan

Bekas ‘Drogba Terengganu’ Sudah Tiba Di Alor Setar Untuk Latihan Pra-Musim Bersama Kedah

Kedah Mahu Adakan Perlawanan Pra Musim Di Singapura Atau Kemboja