Newcastle United dilaporkan mahu memikat Kalidou Koulibaly dari Napoli. Segala usaha untuk mendapatkan pemain itu akan dibuat selepas proses pertukaran hak milik kelab diselesaikan.

Newcastle dalam proses untuk pertukaran pemilik dengan nilai £300 juta. Dengan wang deposit dilaporkan sudah dibayar oleh PCP.

Koulibaly pastinya bukan murah. Di mana sebelum ini beliau ada klausa pelepasan sekitar £105 juta. Dan klausa itu akan dimansuhkan selepas tamat musim ini.

Tetapi Napoli menyatakan, selepas klausa itu dimansuhkan mereka akan meletakkan harga lebih tinggi untuk pemain tersebut.

Dengan situasi semasa yang melanda bola sepak Eropah. Maka, Newcastle pasti berharap harga Koulibaly akan lebih rendah. Kelab di Itali berhadapan dengan impak yang sangat teruk kerana koronavirus.

Newcastle dikatakan meletakkan valuasi £80 juta untuk pemain tersebut.

Koulibaly menjadi pertahanan terbaik di Serie A dalam beberapa musim ini. Beliau juga menjadi rebutan banyak kelab besar yang lain di Eropah.

Koulibaly dikatakan tertarik dengan projek revolusi Saudi di Newcastle yang beliau percaya akan menjadikan kelab itu sebagai salah sebuah kelab terbesar di dunia selepas ini.

https://twitter.com/NewcastleFansTV/status/1258019994627190784

Koulibaly dikenali dengan gaya permainan yang pantas walaupun berfizikal besar. Beliau mirip kepada gaya permaian Virgil Van Dijk, di mana beliau memiliki kemampuan untuk membina gerakan dari bawah.

Newcastle terus dikaitkan dengan beberapa nama besar yang lain di Eropah. Tetapi buat masa ini, proses pertukaran pemilik masih belum rasmi dimuktamadkan kerana koronavirus.

Apabila ia sudah dimuktamadkan kelak, Newcastle bakal memiliki pemilik yang paling kaya di kalangan pemilik kelab bola sepak di Eropah.

Terdapat juga bantahan dari pihak BeIN Sports yang mendesak EPL mnghalang pemilikan Saudi di kelab tersebut.

Baca juga perkembangan lain bola sepak Eropah

BeIN Dan Amnesty Desak EPL Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle, Kenapa?

CEO Bangkang Idea Bermain Di Venue Berkecuali Kerana Villa Bakal Hilang Kelebihan

‘Saya Akhirnya Sembuh’