Baru-baru ini kerajaan mengumumkan RM45 juta diperuntukkan untuk disalurkan kepada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mulai tahun depan mengikut belanjawan 2020.

Ia adalah pertambahan sebanyak RM30 juta berbanding RM15 juta seperti yang diperuntukkan dalam belanjawan tahun lepas bagi mengangkat martabat dan mutu sukan bola sepak negara.

Pengurus Besar Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Muhammad Yusuf Ibrahim mendedahkan dalam Arena Metro, untuk melahirkan lebih ramai pemain berkualiti seperti Luqman Hakim, pihaknya memerlukan dana sebanyak RM10.8 juta setahun dengan anggaran keseluruhan mencecah RM54.2 juta untuk tempoh lima tahun.

Angka itu turut merangkumi perbelanjaan lain seperti menghantar pemain menyertai kejohanan di luar negara serta pengangkutan dan kemudahan tempat tinggal yang melibatkan kira-kira 217 pelatih di akademi berkenaan.

Saad Ichalelene

FOTO: FAM

“Untuk menghasilkan pemain seperti Luqman Hakim Shamsudin, kami memerlukan peruntukan kewangan tinggi bagi memastikan keupayaan dan bakat pelatih AMD dapat digilap seterusnya mencapai tahap yang diinginkan.

“Peruntukan atau pelaburan yang besar penting demi memastikan negara dapat menghasilkan pemain bertaraf profesional pada masa akan datang. Kebanyakan pelatih yang masuk ke AMD tidak mahu keluar berikutan segala kemudahan sudah tersedia dan lengkap selain berpeluang ke peringkat lebih tinggi termasuk mewakili negara.

“Kos yang tinggi untuk setiap pelatih membuktikan bahawa untuk menghasilkan pemain berkualiti bukanlah perkara mudah terutama jika mahu membentuk mereka dari peringkat akar umbi lagi. Anggaran kira-kira RM250,000 untuk setiap pelatih adalah kos yang perlu ditanggung jika mereka yang mengikuti latihan dalam tempoh lima tahun sehingga tamat pada usia 17 tahun,” katanya kepada Arena Metro.

luqman-hakim

FOTO: Stadium Astro

Pemain akan ditendang keluar jika gagal penuhi kriteria yang ditetapkan

Yusuf turut mendedahkan mana-mana pelatih yang tidak menunjukkan prestasi memberansangkan dalam tempoh setahun berpeluang disingkirkan bagi menjaga kualiti pemain.

“Jika sudah diterima masuk ke AMD, tidak bermakna pelatih terbabit akan terus kekal kerana mereka dinilai sebanyak tiga kali dalam tempoh setahun dan jika gagal memenuhi kriteria ditetapkan akan ditendang keluar.

“Tindakan tegas adalah kerana mahu menjaga kualiti setiap pelatih kerana mereka bakal menjadi pemain negara seterusnya mengangkat kembali mutu bola sepak ke tahap lebih tinggi,” katanya.

NFDP merupakan satu pelan jangka panjang untuk melahirkan lebih ramai pemain bola sepak berkualiti di peringkat akar umbi. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan anak-anak muda memenuhi permintaan yang tinggi dalam dunia bola sepak profesional.

“Oleh itu, jika mereka tidak berjaya menjuarai pertandingan bukanlah bermakna pelatih itu gagal. Perkara penting adalah peningkatan membabitkan kemahiran individu dan sifat matang mereka dalam menghadapi perlawanan kompetitif.

“Kami melihat banyak aspek terhadap pelatih AMD dan sudah terbukti apabila 90 peratus produk akademi ini mewakili negara dalam kejohanan Bawah 15 dan 18 tahun di peringkat antarabangsa baru-baru ini,” jelasnya.

Lagi artikel menarik mengenai program NFDP yang mungkin anda terlepas pandang. 

Syed Saddiq: RM45 Juta Yang Diperuntukkan Mampu Lahirkan Lebih Ramai Luqman Hakim

Cerezo Osaka Tertarik Dengan Aksi Pemain U12 NFDP Kubang Pasu, Abid Safaraz

NFDP Terbukti Berkesan – Azraai Khor Abdullah

1 KOMEN
  • golgappa

    luqman hakim ni sbnarnya x berbakat pn..luck je lebih..klu x pcya nt tgok dia main liga luar negara kalau tak balik smula ke negara asal..dia takkan tahan main kt luar negar x smpai 3 bln pn…mlysia ramai pemain yg ok sebenarnya cuma pngurusan bola sepak mlysia sgt bodoh skali

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group