Pasukan Korea Selatan B-23 tahun berjaya merangkul gelaran AFC B-23 Tahun setelah menewaskan pasukan Arab Saudi di pentas akhir dengan keputusan 1-0.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Korea terpaksa menunggu sehingga masa tambahan setelah kedudukan terikat tanpa jaringan pada 90 minit permainan.

Pemain pertahanan, Jeong Tae-wook menjadi wira The Taegeuk Warriors apabila beliau menanduk masuk bola hasil daripada sepakan percuma pada minit ke-113.

Gol tersebut kekal menjadi satu-satunya jaringan yang dihasilkan sekaligus memberikan gelaran pertama untuk Korea Selatan dalam sejarah saingan AFC B-23 Tahun.

Selain memenangi gelaran juara, dua pemain Korea iaitu Won Du-jae dan Song Bum-keun masing-masing memenangi gelaran peribadi.

Du-jae dinobat sebagai Pemain Terbaik bagi saingan edisi 2020 manakala Bum-keun memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik kejohanan.

Kejayaan Korea Selatan mara ke perlawanan akhir dan memenangi kejohanan bermakna mereka meraih slot automatik ke temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Baca artikel lain mengenai saingan AFC B-23 Tahun di sini:

AFC B-23 Tahun: Korea Selatan Mara Ke Perlawanan Akhir

AFC B-23 Tahun: Arab Saudi Benam Uzbekistan, Tempah Tiket Ke Temasya Sukan Olimpik 2020

Australia Rebut Tiket Terakhir, Inilah 4 Wakil Asia Di Olimpiade Tokyo 2020