Bulan lalu, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah membuka bidaan menganjurkan Piala Asia 2023 kepada semua anggota persatuan bagi menggantikan tempat China yang menarik diri kerana peningkatan kes COVID-19.

AFC turut berkata mana-mana pihak yang berminat mesti menghantar bidaan mereka sebelum 30 Jun ini.

Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) semalam mengumumkan mereka telah menghantar permohonan rasmi kepada AFC untuk membida hak tuan rumah Piala Asia 2023.

Malah, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol menyokong penuh untuk menganjurkan kejohanan itu dan sudah mengarahkan menteri sukannya untuk memastikan mereka memperoleh hak penganjuran.

“Persatuan Bola Sepak Korea membida untuk menganjurkan Piala Asia AFC 2023 yang dihoskan oleh AFC di Korea.

“Oleh kerana itu, kami ingin meneruskan bidaan daripada kerajaan tempatan yang mempunyai stadium yang boleh menganjurkan aksi antarabangsa,” kata KFA menerusi kenyataan di laman web mereka.

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John dalam satu kenyataan di Berita Harian semalam berkata badan induk itu masih berahsia mengenai jumlah negara yang sudahpun mengemukakan bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023.

Beliau juga mengesahkan tuan rumah Piala Asia 2023 akan diumumkan secara rasmi pada bulan Oktober 2022.

“Keputusannya dijangka diketahui pada 17 Oktober nanti. Bagi undian pula, belum ada tarikh tetapi kebiasaannya akan dilakukan lima atau enam bulan sebelum pertandingan. Kita tidak boleh berkongsi apa-apa maklumat lanjut buat masa ini jadi tunggu sehingga 30 Jun nanti,” katanya.

Minggu lalu, skuad Harimau Malaya mencipta sejarah apabila menamatkan penantian selama 43 tahun untuk layak secara merit ke pentas kejohanan paling berprestij di Asia itu selepas kali terakhir melakukannya pada 1979 ketika Kelayakan Piala Asia 1980.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

Pemain Harimau Malaya Bakal Terima Imbuhan Daripada Kerajaan

Menteri Anggap Sorakan Penyokong Punca Pemain Harimau Malaya Hilang Fokus

Kim Pan-gon Ucap Terima Kasih Kepada TMJ Kerana Menyalur 15 Pemain JDT Untuk Harimau Malaya

Khalid Ali Bimbang De Paula Tak Tahu Fungsinya Sebagai Penyerang Utama