Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kopa Arena yang merupakan calon pembeli saham pasukan Perak memberi penjelasan terkini mengenai langkah mereka membeli sebanyak 51 peratus saham kelab tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka, Kopa Arena menegaskan terdapat ‘cadangan tambahan’ yang diberikan oleh pengurusan pasukan dan perkara itu menyebabkan proses pembelian tergendala seketika.

“Pihak KOPA berminat untuk mengambil alih pegangan saham Perak FC drpd Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sebanyak 51% utk peringkat awal. Pada 12 Sept 2021 ,Pihak KOPA melalui anak syarikatnya secara rasminya menghantar surat tunjuk minat kepada PAFA dan disertakan dengan bukti kemampuan kewangan.

“Pada 17 September 2021, KOPA menghantar surat susulan untuk proses mengambil-alih dengan memohon kebenaran untuk melakukan process “due diligence” dan selanjutnya.

“Malah pihak KOPA telah memberi ‘komitmen’ awalan dalam bentuk tunai kepada pihak Perak FC dalam membantu operasi pasukan.

“Pasa 12 Oktober 2021, telah berlaku pertukaran Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang baharu, oleh itu satu perbincangan telah diadakan untuk meneruskan proses pengambil alihan ini. Akan tetapi, perbincangan ini tergantung apabila pihak PAFA mencadangkan dengan ‘cadangan tambahan’ daripada persetujuan awal. Ini termasuk tambahan wang token kepada PAFA dan juga berlaku perubahan liabiliti yang lebih tinggi dari jumlah sebelum ini.

“Oleh itu pihak KOPA mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perbincangan sehingga masa yang lebih sesuai, malah sehingga kini pihak PAFA masih belum menyatakan nilai dan liabiliti Perak FC yang lebih jelas.

“Walaubagaimanapun, pihak kami tetap sentiasa memberi bantuan dan sokongan kepada Pengurusan Perak FC dan pemain baik secara langsung dan tidak langsung mengikut kemampuan kami,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pengurusan pasukan Perak mengenai kenyataan yang dibuat oleh Kopa Arena ini.

Musim hadapan, Perak akan beraksi dalam saingan Liga Premier setelah menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ke-11.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Safee Sali: “Nilailah Kami Sebagai Aset Pasukan, Bukan Barang Dagangan Sesuka Hati Dibuang Pakai.”

Harimau Malaya Hanya Ada Tiga Hari Buat Persiapan Hadapi Piala Suzuki AFF 2020

Sabah Nafi Dakwaan Salah Laku Dan Pecah Amanah Dalam Kelab

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group