Mungkin tidak ramai yang tahu atau terlepas mengenai satu kisah kontroversi berkaitan Felda United yang dikatakan mahu membeli saham sebuah kelab gergasi Scotland, Rangers FC sekitar tahun 2014.

Kisah ini telah diceritakan kembali oleh seorang pengguna laman sosial Twitter – Marco Negri, dan kamitelah berjaya mendapatkan keiizinan untuk menerbitkan artikel dalam versi web untuk capaian lebih ramai.

Menurutnya, berdasarkan laporan sebuah tabloid Daily Record pada September 2014, Pengarah Besar FELDA ketika itu, Datuk Faizoull Ahmad dijemput melawat Glasgow Rangers dan diberikan layanan VIP di Stadium Ibrox, fasiliti latihan di Murray Park serta dijamu secara eksklusif dibandar itu.

EUQ83iqUEAI2fvS

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Rangers FC pada ketika itu, lawatan Datuk Faizoull yang juga Presiden FELDA United FC adalah bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam mewujudkan tempat bagi pemain-pemain muda kelab itu menerima latihan serta pendedahan di luar negara.

Apa yang lebih menarik, Datuk Faizoull dikatakan berminat untukmempelajari inisiatif ‘community involvement‘ yang dilaksanakan oleh Rangers dan mahu usaha seperti itu digunakan untuk komuniti peneroka khususnya di Jengka dalam program-program kelab.

EUSF_Z0U4AEn1Xd

Namun kunjungan tersebut tidak diterima baik bukan sahaja di Scotland malahan juga di Malaysia.

Beberapa faktor menyumbang kepada isu ini terutamanya dengan penglibatan seorang ahli perniagaan dari UK berketurunan Pakistan yang dikenali sebagai Rafat Rizvi.

Siapakah sebenarnya Rafat Rizvi dan mengapa beliau menjadi punca masalah?

Nama Rafat Rizvi tidak asing untuk penyokong Rangers kerana beliau terkait dengan isu krisis kewangan kelab itu.

Beliau juga dikehendaki oleh Interpol pada ketika itu kerana ada memiliki kes jenayah komersil di Indonesia dan Rafat Rizvi disifatkan sebagai orang tengah yang mengaturkan lawatan Datuk Faizoull ke Glasgow.

EUSIj9HU0AEBUuN

Selepas menerima reaksi negatif di Malaysia, termasuk dari ahli politik seperti YB Nik Nazmi, Datuk Faizoull segera menafikan tujuan asal beliau kesana adalah;

  1. Untuk membeli stake di Rangers
  2. Lawatan tersebut diatur oleh Rizvi – dimana beliau menafikan pernah mengenalinya sebelum ini.

Untuk makluman juga, Rangers pada 2014 bukanlah seperti hari ini kerana mereka terbeban dengan kemelut kewangan yang serius serta menuju kearah ‘financial collapse‘ kedua dalam masa hanya beberapa tahun.

Ini juga tidak dibantu dengan wujudnya “civil war” di board room mereka dalam menentukan club ownership.

EUSER5QU8AA5eT3

Disebalik masalah dalaman yang mereka hadapi, pelbagai usaha telah dilakukan oleh lembaga pengarah kelab untuk meraih dana bagi membayar gaji staf dan pemain selain mengelakkan berlakunya insolvensi.

Kedatangan “pelabur” seperti Datuk Faizoull pastinya amat dialu-alukan di saat yang genting seperti itu.

Di Malaysia, isu ini turut dikritik kerana wujud persoalan keatas accountability terhadap “priorities” serta publisiti negatif yang dibawa, khususnya apabila rakyat dilontar dengan satu persepsi seolah-olah “duit peneroka FELDA” bakal dilaburkan untuk membeli saham di sebuah kelab bola sepak di Scotland.

EUQ6n19UEAYrnJR

Walaupun Daily Record mendedahkan minat yang benar-benar wujud dari delegasi Datuk Faizoull untuk membeli saham di Rangers, musim bola sepak 2014 berlangsung tanpa sebarang berita yang menyusul sejurus tamat lawatan tersebut. Kedua-dua kelab meneruskan musim mereka tanpa memeterai apa-apa perjanjian.

Sebenarnya, bukanlah aneh bagi kelab-kelab di Malaysia untuk menjalin kerjasama di Eropah.

Namun, dalam kes FELDA United ini, ia telah menimbulkan banyak “red flags” & persoalan yang meragukan seperti:

  1. Mengapa kelab “bermasalah” yang menjadi pilihan?
  2. Tiada gambaran ROI yang jelas.
  3. Penglibatan individu yang dipersoalkan dan meragukan.

EUSA6JOUMAIcrT3

Fan blessing juga amat kritikal untuk kelab khususnya bagi kelab yg mempunyai tradisi & warisan yang begitu lama seperti Rangers.

Apabila lawatan Datuk Faizoull didedahkan, Rangers Union of Fans telah memainkan peranan mereka dengan jayanya. Semoga kelab-kelab di Malaysia belajar dari kisah ini.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Inisiatif Terpuji AS Roma Hantar Bantuan Kepada Pemegang Pas Bermusim Yang Berusia 75 Tahun Keatas

Diego Silva: “Kalau Tengok Siaran TV Perlawanan Liga Vietnam, Orang Akan Kata Ini Siaran Liga Amatur”

Apa Majalah Yang Paling Mempengaruhi Minat Bola Sepak Anda? WISEL! Jadi Pilihan Pengikut Kami Di Twitter.