Pemain skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Faisal Abdul Halim akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada skuad tok gajah selepas 5 musim bersama pasukan tesebut.

Menurut laporan daripada Berita Harian, kontrak pemain yang berusia 22 tahun itu tidak disambung musim depan dan beliau dijangka akan menyertai pasukan baharu dari Liga Super.

“Saya seronok bersama Tok Gajah selama lima musim, pahit dan manis beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) banyak dapat dikumpul hingga akhirnya berpeluang terpilih membawa cabaran pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa.

“Pengurusan Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) sentiasa menjaga kebajikan pemain, saya berbangga dapat menabur bakti dengan Tok Gajah,” kata Faisal.

Sepanjang beraksi dengan Pahang, Faisal atau digelar sebagai Mickey telah menjaringkan 6 gol dalam 55 penampilan. Beliau turut mendapat peluang beraksi dengan pemain yang lebih berpengalaman dan dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

“Saya seronok bergandingan dengan barisan pemain import bertaraf bintang seperti Mohamadou Sumareh, Dickson Nwakaeme dan Herold Goulon. Saya doakan semoga Tok Gajah meniti kejayaan selepas ini,” tambahanya.

Menurut sumber daripada media sosial, difahamkan Mickey akan kekal di pantai timur dan menyertai pasukan Terengganu FC pada musim depan namun belum ada pengesahan rasmi mengenai perpindahan itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Tidak Dapat Ke Doha, JDT Mungkin Berdepan Hukuman Daripada AFC

Ismail Sabri Jelaskan Sebab Kenapa Hiburan Dibenarkan Tetapi Piala Malaysia Tak Boleh

Pulau Pinang Mahu Kekalkan Tiga Pemain Import Hadapi Musim 2021