Sebuah pasukan amatur berpangkalan di Kerteh, Terengganu telah mengumumkan prestasi kewangan mereka untuk tahun berakhir pada 31 Disember 2018 semalam, melalui laman sosial rasmi mereka.

Di Kerteh FC, mereka mengamalkan pendapatan kewangan berkonsepkan 3P iaitu Perniagaan (Business), Pelaburan (Investment) dan Penajaan (Sponsorship)

Gambar berikut menunjukkan pecahan dalam laporan prestasi kewangan pasukan Kerteh FC, serta penerangan ringkas berkaitan dengannya.

kerteh fc

Perolehan (Turnover).

Perniagaan (Business) : 54.6%
Penajaan (Sponsorship) : 35.5%
Pelaburan (Investment) : 9.9%

Kelab menjalankan perniagaan seperti manpower supply, equipment rental, insurance renewal dan club merchandise.

Perbelanjaan (Expenditures).
Liga : 26.9%
Gaji & Upah : 24.9%
Program pembangunan : 23.4%
Media & Promosi : 14.9%
Lain-lain : 9.9%

Kerteh FC mencatatkan keuntungan sebanyak 20.9% bagi tahun berakhir 2018.

Kelestarian Kewangan Kelab.

Ia adalah tentang :

  • Menjalankan operasi organisasi dengan tidak hanya bergantung kepada satu punca sumber pendapatan tetapi dengan mempelbagaikan sumber pendapatan bagi kelab.
  • Amalan pengagihan bajet belanjawan mengikut keberhasilan dan kemampuan kewangan kelab.
  • Meneruskan budaya perbelanjaan berhemah.